02 September 2008

Tengku Razaleigh:Pembangkang tak mampu tubuh kerajaan

KOTA BHARU 30 Ogos - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang akan menubuhkan kerajaan pada 16 September selepas 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) 'melompat' ke parti pembangkang.
---
Pembangkang tak boleh tubuh kerajaan. Orang melayu tak terima kalau Anwar tubuh kerajaan atas tiket PKR, tapi kalau atas tiket UMNO, boleh. Bukan sebab tak sokong PKR tetapi cuba fikirkan, jika anwar jadi PM, selepas anwar siapa pula? Bumiputera juga ke? Timbalan PM siapa pula?
Hancur le orang melayu kalau calon PKR jadi PM. Sudah tentu PKR akan buat giliran untuk jadi PM. Bantah... anwar hanya perlu untuk bersuara di parlimen, bukan untuk jadi PM atas tiket PKR.
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

16 Hujah anda:

Admin a.k.a News said...

Boleh tuh boleh, tapi ramai yg ahli melayu PKR nanti akan sokong Bn balik pilihanraya nanti.

S.A.M said...

Tengku Razaleigh Hamzah sendiri tak dapat sokongan dari wakil2 Umno utk rebut jawatan Presiden Umno pd Disember ini, ia-itu 30%.

Habis itu nak komen tentang Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 September........poooorah!

Admin a.k.a News said...

Kuli mmg tak layak buat komen pasal anwar. Dio pun ntah ke mana, nak komen pasal org lain plak.

Kuli balik gua musang, tgk rakyat2 sana le..

Naga said...

Apa salahnya kalau PM slepas DS Anwar adalah tidak bumiputera?

Admin a.k.a News said...

tak boleh.. sebab majoriti tak setuju. Kalau berlaku juga, PKR akan akalah teruk dlm pilihanraya seterusnya.Confirm!

Abu Bakar Hasan said...

Saya cadangkan ubah perlembagaan agar calon PM pun diundi oleh semua rakyat. Sesiapa g dapat undi terbanyak maka dia lah layak jadi PM. Disebabkan melayu majoriti maka sudah tentu bakal pm melayu yg akan menang. Tapi mungkin juga ada dari kaum cina/dll yg mampu menarik undi itu terserah la. macam barack obama di usa.

perjuanganku said...

tak setuju langsung.

x said...

kalau bn masih majoriti dan bentuk kerajaan, aku tak risau sgt ( walaupun aku tak brapa sokong bn), tapi kalau pkr buat kerajaan plak, bahaya siot utk masa depan.

aoazmi said...

Sekarang ni semua orang tak percaya angan-angan Anuar! Kalau semua tak percaya lebih baik bagi Anuar buat kerja dan berangan-angan. Kalau silap hari bulan, jadilah trajedi 8 mac yang lalu. Siapa yang salah? Kalau kita 'over comfident'? Adakah UMNO atau rakyat yang salah?

Kita selalu berfikiran dalam kontek sendiri bukan 'diluar kotak'.

Apa pun kita tunggu dan lihat.

salam..

boyzondanet said...

naga..u tya apa slhnya kalo PM slpas DS Anwar bkn bumiputera? u kna bkk blk perlembagaan persekutuan..u baca blk..

my said...

Menarik..ramai yang mengatakan Ku-Li tidak layak bersuara? benarkah begitu? Ku-Li telah bertanding lebih dari 10tahun di Gua Musang, dan dia tak pernah kalah, saya ada buat penulisan tentang perbandingan Anwar vs Kuli disini.

Mengenai pembangkang tak mampu tubuh kerajaan, sana fikir tarikh 16sept tu hanyalah perang saraf terhadap Umno/BN, kalau nak tahu kronologi nya pun ada saya buat disini.

Namun begitu saya tertarik dengan cadangan Abu Bakar Hasan, sistem ini kalau tak silap saya dilakukan di Australia dimana PM nya diundi oleh semua...

Admin a.k.a News said...

mekasih kpd wacana yg mengutarakan mengenai gua musang. kebetulan saya pun dari sana, dun paloh ( adun nor zula mat diah )dan papa saya pun org kuat umno sana, siap ketua pemuda lagi.

penduduk sana ( terutamanya dun paloh dah rapat dgn kuli walaupun pembangunan di gm kurang. pernah sekali jiran saya ( sblm dio meninggal sbb sakit tb) berpesan pd wife dio, walau apapun berlaku, mesti undi kuli!

sampai begitu sekali minda golongan berumur di sana.tapi pada hemat saya, dalam 2 atau 3 pru lagi, kuli akan tumbang ( tu pun kalau kuli masih ada lagi) sbb pemikiran golongan muda di sana lebih berpihak kepada pas ( terutama golongan yg berpelajaran tinggi).

Faizal Zakaria's Blog said...

Mcm2 gimik sekarang ni kan..

Sabar je lah :-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Iron Maiden said...

Apa bodoh sangat korang ni..korang tau ke tak tau yg malaysia ni mengamalkan sistem perlembagaan beraja..mana mungkin PM selain melayu.katakan DAP menang semua kerusi parlimen.kena lantik bangsa melayu dan islam jugak jadi PM..nak ke taknak ke,mesti naik melayu jugak...dah termaktub dlm perlembagan...KULI cuma bagi pendapat pribadi dia aje..tu la lain kali jangan asyik tengok rancangan menyanyi aje...tu yg jadi bodoh tu...

my said...

Kepada Iron Maiden,

Anda mungkin baru belajar politik atau undang². Walaupun malaysia mengamalkan sistem perlembagaan beraja, pindaan dalam perlembagaan masih boleh berlaku. Jika terdapat sokongan majoriti, pindaan untuk membuang raja didalam perlembagaan boleh berlaku.

Pindaan seperti ini pernah berlaku dimalaysia(renungkan sejenak bila ianya berlaku)

..dan tidak mustahil jika dimansuhkan sistem beraja menjadi sistem republik jika mendapat sokongan padu daripada kaum 35% dan mungkin sebilangan kaum 65%.

cuba fikirkan...

Faizal Zakaria's Blog said...

Bukan mampu tapi kena tambah 's' kat belakang :-)


sori ye.. Nampak mcm kasar pulak buntinya ;-)



Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com