MyCNews

07 September 2008

Datuk Ahmad Ismail: Saya tak perlu minta maaf

PEKAN 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan 13 Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang menyokong Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang enggan meminta maaf berhubung dakwaannya terhadap kaum Cina, bukan mencerminkan dasar UMNO.Tegas Timbalan Perdana Menteri, dasar UMNO ialah menjadikan semua kaum bukan Melayu di negara ini sebagai rakan kongsi dalam membangunkan negara.

Menurut beliau, hak semua kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara Malaysia tetap terpelihara selagi di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

''Apa yang penting ialah dasar UMNO dan BN. Bukan seperti yang disebut oleh mana-mana pemimpin UMNO di peringkat bahagian yang tidak mencerminkan dasar kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 203 peneroka dan Program Rahmat Ramadan Felda Chini Lima di sini.
---
Iya, buat apa nak minta maaf. Kalau bangsa lain menghina islam dan negara melalui youtube, ada sesiapa suruh minta maaf? Ada..ada? kalau bangsa melayu buat camtu, di gembar gemburkan, termasuklah oleh malaysiakini yang skrg dah nmpk arah tujuannya ( malaysiakini bukan orang melayu punya )
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

02 September 2008

Tengku Razaleigh:Pembangkang tak mampu tubuh kerajaan

KOTA BHARU 30 Ogos - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang akan menubuhkan kerajaan pada 16 September selepas 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) 'melompat' ke parti pembangkang.
---
Pembangkang tak boleh tubuh kerajaan. Orang melayu tak terima kalau Anwar tubuh kerajaan atas tiket PKR, tapi kalau atas tiket UMNO, boleh. Bukan sebab tak sokong PKR tetapi cuba fikirkan, jika anwar jadi PM, selepas anwar siapa pula? Bumiputera juga ke? Timbalan PM siapa pula?
Hancur le orang melayu kalau calon PKR jadi PM. Sudah tentu PKR akan buat giliran untuk jadi PM. Bantah... anwar hanya perlu untuk bersuara di parlimen, bukan untuk jadi PM atas tiket PKR.
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

01 September 2008

Teresa Kok - Amalkan perkauman

Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang.
Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?.
Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.
---
Pemimpin macam ni yg kita nak pilih ke? Orang2 islam di gesa jangan undi TK selepas ini.
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

Yang bakal keluar BN

PEKAN 30 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menerima penjelasan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah yang enggan menandatangani surat jaminan taat setia ke atas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Timbalan Perdana Menteri memberitahu, Ahli Parlimen berkenaan telah menghubungi beliau secara peribadi dan menjelaskan sebab tidak menandatangani surat jaminan tersebut.
---
Mungkin inilah ahli perlimen yang bakal keluar BN dan sokong Anwar.

Biarlah orang Islam bercakap pasal Islam

Apakah niat sebenar majlis peguam tersebut? Bukankah orang Islam yang patut membincangkan perkara tersebut?
Didalam forum tersebut yang dihadiri dengan jumlah 100 orang rata-rata kesemuanya bukan Islam, hanya seorang sahaja wakil dari agama Islam. Adakah forum ini yang dikatakan terbuka? Menutup peluang orang Islam memperjelaskan isu-isu yang bakal dibangkitkan semasa forum tersebut? Atau mereka memang sengaja ingin mendengar rintihan supaya agama Islam itu nampak buruk?
Ianya mempunyai niat jahat terhadap Islam!Ini bukan kali pertama majlis peguam mempertikaikan status Islam sebagai agama rasmi dinegara kita. Sebelum ini majlis peguam pernah menerbitkan sebuah artikel berkisar laungan azan yang dikatakan adalah sebuah pencemaran! Beberapa perenggan didalam artikel tersebut menghina Islam.
---
Tengoklah, semakin beraninya musuh2 islam. Zaman DrM dulu, mana ada org berani buat macam ni. Sedarlah diri sikit. Orang kata menumpang kan marah...
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

ISA - tak semua menolak

"Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini.

"Sehingga hari ini, kerusi untuk Adun Kota Alam Shah masih lagi kosong. Rakyat seluruh Malaysia terkejut pada 13 Disember 2007 apabila kelima-lima orang aktivis Hindraf iaitu P. Uthayakumar, V. Ganabatirau, R. Kenghadharan, T Vasantha Kumar serta ahli YB Kota Alam Shah telah ditahan mengikut Seksyen 8 akta ISA.
---
Siapa yang terkejut? Memang telah dijangka, ISA akan di gunakan. Untuk membela kaum masing2 boleh, tapi kena betul caranya. Kalau sampai membahayakan negara, memang patut kena ISA.
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

Gerakan mahu hak sama rata

Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.
Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.
---
Ya, memang mustahil! Siapa yang mahu bagi hak sama rata? Cermin diri dulu...
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

Timbalan Ketua Menteri P.Pinang Di aniaya

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.

"Saya susah hati kerana tidak pernah orang komplen secara terbuka begini dan mereka minta saya nasihatkan Fairus. Memang kita sibuk tetapi kenalah luangkan masa untuk menemui penduduk kerana mereka boleh faham dan terima kalau kita sibuk tetapi mereka tidak boleh terima kalau kita tak turun padang," kata Anwar.

---
P.Pinang ramai kaum cina, dah tentulah wakil2 dr kaum melayu kena gasak habis-habisan. Mungkin nak mintak PKR tukar Timbalan kaum lain kot. Untuk Fairus... sabar je.
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

DAP usik tanah hak melayu!

DAP mahu jual tanah hak Melayu! Itulah yang akan berlaku di Perak kelak. Malah jika pengaruh DAP lebih dominan diseluruh Malaysia, kemungkinan kuasa Malaysia akan bertukar menjadi sistem republik, ini bukan perkara mustahil jika DAP dapat memegang Malaysia!
Lihat sahaja apa yang telah berlaku pada bulan Jun lalu dimana MB Nizar bertindak sebagai boneka DAP memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada lot-lot tanah di "kampung baru" berbanding dengan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun(RKT).
---
Ini tak boleh jadi! Kita kena bertindak. Sikit2 tanah2 hak melayu di ambil oleh kaum lain. Adakah kita hanya nak berdiam diri??Nanti, kita akan menunpang di negara sendiri. Takbirrr...
[Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]

TPM ke Ketua Pembangkang

Hidup ini seumpama roda, kadangkala kita di atas dan kekadang di bawah. Dari seorang aktivis NGO Islam Anwar menyertai Umno dan melonjak dari satu tahap ke satu tahap sehinggalah menjadi Timbalan Presidennya dan Timbalan Perdana Menteri.

Tiba-tiba hidup beliau terjerlus ke bawah apabila dipecat dari parti itu dan kemudiannya disabitkan pelbagai kesalahan lalu merengkuk di penjara sebagai banduan. Bebas dari penjara beliau terus berjuang dan hari ini menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk kembali melangkah masuk ke Parlimen, kali ini sebagai Ketua Pembangkang.


Tidak ada pemimpin dalam sejarah Malaysia yang pernah melalui apa yang Anwar lalui.Namun roda hidup Anwar terus berputar. Dengan kemenangan besar ini kini rakyat menunggu pula apa yang dijanjikan Anwar iaitu menguasai Parlimen dengan blok terbanyak (apabila 31 ahli parlimen bersetuju melompat keluar BN) dan merebahkan kerajaan BN pusat yang didominasi Umno.

Kini semua menumpukan pada tarikh 16 September, tarikh dimana Anwar akan dinobatkan sebagai PM setelah menguasai majoriti mudah di Dewan Rakyat. Jangan persiakan harapan rakyat itu.

---
Sila tuliskan pendapat bernas anda di bawah ini.

31 August 2008

Nurul Izzah Gembira

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 Ogos 20008
"Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.


Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu." kata nurulizzah selepas PKR memang parlimen Permatang Pauh.
---
Semuga anak DSAI ini akan mengikuti jejak langkah bapanya di dalam memperjuangkan keadilan di Malaysia.
---
Dapatkan ebook terbaru dari Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi berjudul "Mentor Jutawan" di
http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=0463cbef
---

Ahli Parlimen keluar dewan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pembangkang gagal menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji semula Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 walaupun menggunakan pelbagai cara untuk memaksa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menerima saranan mereka itu. Keengganan Syed Hamid menerima desakan pembangkang itu menyebabkan mereka untuk kali ketiga bertindak keluar Dewan sejak Parlimen ke-12 bersidang pada Mei lalu.

Tindakan tersebut diambil ketika Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengemukakan rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali kedua.

Kejadian itu berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam Dewan Rakyat dan duduk bertentangan dengan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kedua-dua mereka yang tidak terlibat dalam pertelingkahan Ahli Parlimen itu hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat gelagat ahli Dewan dan membiarkan sahaja keadaan tersebut.
---
Macam ni kah ahli parlimen yang kita pilih? Kita bayar gaji, diaorang suka2 membazirkan waktu & tenaga.

Merdeka...Merdeka...Merdeka...

Lebih 50,000 warga kota berkumpul di Dataran Merdeka, malam tadi, bagi memeriahkan sambutan Ambang Merdeka termasuk menunggu detik simbolik ketibaan detik 12 tengah malam.

Turut menyemarakkan detik bersejarah itu dengan laungan keramat ‘merdeka’ adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Acara serupa diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
---
Selamat Hari Merdeka. Perasankah anda, kaum manakah yang paling sedikit mengibarkan bendara sempena hari merdeka?

Pertandingan MCA bermula

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Pemimpin-pemimpin MCA telah bersiap sedia menghadapi pertandingan bagi jawatan peringkat pusat yang mereka akan tandingi dengan memulakan kempennya di seluruh negara untuk mendapat undi pada pemilihan parti 18 Oktober.

Seperti pemilihan bagi presiden Amerika Syarikat, yang kini sudah sampai ke kemuncaknya selepas kedua-dua parti Demokrat dan Republikan memilih calon mereka masing-masing, bakal calon yang bertanding bagi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kedua terbesar, dijangka mengikut langkah ini, dengan mengumumkan jawatan yang mereka akan tandingi.

Setakat ini, hanya tiga calon Naib Presiden MCA dan juga Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat, Setiausaha agung Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong dan Naib Ketua Wanita, Datuk Paduka Chew Mei Fun telah mengumumkan untuk bertanding jawatan yang mereka akan tandingi, sementara yang lain masih lagi bersikap tunggu dan lihat.
---
Kita tengok dan lihat siapa bakal menerajui MCA yang kalah teruk dalam undi yang lepas.

Restoran masih caj cukai perkhidmatan

PUTRAJAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan perbuatan sebilangan daripada 4,400 pengusaha restoran luar hotel berpendapatan kurang daripada RM3 juta setahun terus mengutip cukai perkhidmatan lima peratus daripada pelanggan walaupun ia dimansuhkan sejak 1 Julai lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata beliau melalui pengalaman itu selepas menjamu selera di sebuah restoran yang tidak lagi memiliki Lesen Cukai Perkhidmatan (LCP), baru-baru ini.
---
Berhati-hatilah semasa makan di kedai tuh, macam-macam cara orang nak kaut untung cepat.

30 YB lompat parti

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu menarik 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang untuk beliau membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri walaupun sudah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyatakan secara terbuka kepada Ahli Parlimen BN berkenaan bahawa mereka hanya akan menjadi ‘pekerja’ dan mengikut arahan pemimpin pembangkang dan hala tuju parti berkenaan.

"Dia (Anwar) fikir mampu membeli mereka tetapi pemimpin lain ada lebih banyak wang. Mustahil untuk dia dapat mengalahkan pemimpin lain," katanya sinis ketika ditemui di Yayasan Kepemimpinan Perdana di sini, semalam.
---
Kita tunggu dan lihat pada 16 Sept 2008 ni macam mana keadaannya.

Pah Lah: Jangan cabar undang-undang negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan demonstrasi jalanan yang dirancang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang hari ini bukan cara untuk membawa perubahan, sebaliknya ia perlu dilakukan menerusi pilihan raya.
Perdana Menteri berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi rakyat dengan dada terbuka serta berdepan parti pembangkang yang sering mempertikaikan proses pilihan raya yang adil.
“Daripada dulu sampai sekarang kita ingatkan diri kita, kita tak lupa hadapi rakyat untuk dapatkan penilaian daripada mereka apakah kerajaan ini diterima dan diakui sebagai baik dan bawa pembangunan seperti yang diharapkan.
---
Demonstasi jalanan memang cara yang tak baik untuk menunjukkan protes. Tetapi harus di ingat, kalau guna jalan yang betul. tindakkan kerajaan sangat lambat.

Najib: Cuepacs boleh merayu

Bajet 2009 yang memperuntukkan kakitangan kerajaan mendapat sebulan gaji atau minimum RM1,000 tahun ini. Dua lagi tuntutan cuepacs yang tidak boleh diberikan kerajaan buat masa ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekalipun kerajaan tidak memenuhi dua lagi permintaan Cuepacs berkaitan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dan penyelarasan elaun sara hidup (COLA) kepada kakitangan kerajaan, namun golongan itu juga sebenarnya turut mendapat faedah daripada peruntukan lain yang diumumkan.
"Tak boleh dapat semua yang kita hendak, ini tertakluk kepada kemampuan kerajaan sebab kerajaan kena memenuhi semua kehendak golongan," kata Najib.
--
Oklah tuh dapat bonus beebanding dengan tahun lepas tak dapat. Pekerja swasta lagi lah haru, apa pun tarak keculai cukai pendapatan potong 10% je. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat.

29 August 2008

Bajet 2009 :Tawan Semula Hati Rakyat

Membasmi kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)
Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan
Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.PelanconganKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan
Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta. Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik. Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Designed By Blogger Templates