MyCNews

20 December 2013

Kasut sekolah rm5 jer!

Jualan kasut sekolah murah dengan tawaran harga serendah RM5 sepasang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Konvensyen Pameran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Jalan Duta di sini.
Tawaran sempena musim kembali ke sekolah itu dibuat oleh pasar raya The Store yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 22 Disember ini.
Kasut sekolah rm5 je

Eksekutif Jualan The Store, Nurul Adriana Sim Abdullah berkata, sejak dibuka kelmarin, bahagian produk sekolah menjadi tumpuan orang ramai kerana terpesona dengan harga murah yang ditawarkan - kosmo

04 December 2013

Jiran curi pakaian dalam gadis

Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di Kajang, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri. Amboi jahat nya jiran dia.
Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

CCTV


Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.
"Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, "katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan. Macam ni pun ada ooo..

03 December 2013

Gambar Mitsubishi Attrage 2013

Dunia kereta makin hangat tahun nih. Selepas toyota kenalkan model vios baru 2013, proton dengan proton Suprima S nya, dan sebulan dua nih, Mitsubishi dengan model  Attrage 1.2 liter 4 varians yang di import sepenuhnya dari Thailand. Banyak pulak kereta di buat dari Thailand, Toyota Altis pun dari Thailand jugak. Harga atas jalan spec paling rendah Mitsubishi Attrage ni hanya rm59 000, wow.. murah ni kan tapi performance pun takde le power cam lancer, dah harga pun murah kan.

Gambar Mitsubishi Attrage 2013


Aku kalau tulis pasal kereta ni, mesti nak tengok gambar kan. Gambar ni aku ambil yang terbaik sahaja daripada beberapa blog kereta tanpa minta kebenaran... hohoho. Silahkan tengok gambar kereta Mitsubishi Attrage ni, tenung-tenung, pikir-pikir kalau dalam bajet, boleh je try order. Bila lagi nak merasa kereta Mitsubishi kan.




Antara tarikan utama Mitsubishi Attrage ialah ia dikuasakan enjin moden 1.2 liter tiga silinder MIVEC dengan kuasa 80PS dan 106Nm tork maksimum, di mana enjin tersebut terbukti cekap dalam penggunaan petrol. Pada kadar 21km per liter, Attrage didakwa sebagai sebuah model sedan paling cekap penggunaan bahan apinya di Malaysia apabila dilancarkan kelak. 






Menurut MMM, nama 'Attrage' terhasil daripada perkataan 'attractive'. Untuk pasaran Malaysia, empat varian akan ditawarkan. Varian pertama iaitu GL akan dilengkapi transmisi manual lima kelajuan. Tiga varian lagi iaitu GL, GS dan SE tersedia dengan pilihan transmisi automatik INVECS-III CVT yang lancar. 

Pe lagi, agak boleh, on je ler. Kalau belum cukup downpayment, silalah buat kerja sampingan ni.

29 November 2013

Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?


Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik.Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda.Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik.Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak.

Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?

Beberapa pakar kesihatan menyatakan, rokok elektronik yang dilengkapi dengan bateri dan tiub mengandungi nikotin akan membantu berjuta-juta penduduk berhenti merokok.
Perghh... layan habis. Kenapa lepas makan dan masa berak orang suka hisap rokok?
Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Belanda, Martin Van Rijn yang memberitahu tentang hasil analisis itu mendedahkan, rokok elektronik juga adalah seperti rokok biasa kerana ia mengandungi nikotin.
Rijn berkata, kandungan itu akan menyebabkan perokok akan menjadi ketagih.
Menurutnya, tidak ada bukti seperti didakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok bahawa rokok elektronik akan dapat membantu perokok berhenti merokok. - Kosmo

28 November 2013

utera William menyanyi bersama Bon Jovi

Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan bintang pop Amerika Syarikat, Jon Bon Jovi serta Taylor Swift beradu tenaga menyanyikan lagu Livin On A Prayer di kediamannya, Istana Kensington kelmarin.
Trio berkenaan mendendangkan lagu klasik Bon Jovi itu pada penghujung majlis gala yang diadakan di istana berkenaan di sini untuk menyokong badan amal Centerpoint.
William, 31, merupakan penaung yayasan berkenaan.
Bon Jovi memulakan persembahan bersendirian dengan memetik gitar sebelum dia disertai oleh William dan Swift di pentas.

Bon Jovi

Mereka diiringi sorakan dan tepukan gemuruh daripada para hadirin.
"Malam seperti ini hanya berlaku sekali dalam seumur hidup," kata Bon Jovi kepada penonton.
Tangan macam dodoi baby jer.

William berehat semalaman daripada menjaga bayi lelakinya, Putera George yang lahir pada Julai lalu untuk menghadiri majlis tersebut.
Pada acara berkenaan, beliau turut menyampaikan anugerah kepada Bon Jovi kerana usaha gigihnya untuk membantu golongan gelandangan dan memerangi kemiskinan. - Kosmo

25 November 2013

Moto G - Smartphone Motorola

Motorola Mobility akhirnya secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Moto G. Telefon pintar ini turut tergolong dalam kategori telefon pintar dengan harga yang berpatutan.Tersedia dengan beberapa pilihan cover belakang berwarna-warni, pengguna boleh memilih antara warna putih, hitam, biru gelap, biru terang, kuning, merah serta merah jambu.

Selain itu, Moto G tang dilengkapi skrin 4.5 inci mempunyai resolusi 720 x 1280 piksel di bahagian depan. Skrin tersebut dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass 3. 

Quad Core Snapdragon


Memiliki prosesor quad core Snapdragon 400 dengan kelajuan 1.2Ghz. Tenaga prosesor tersebut akan dibantu dengan RAM sebesar 1GB. Manakala terdapat kamera 5MP dan kamera 1.3MP di depan. 



Moto G ini menggunakan OS Android Jelly Bean 4.3. Pihak Google sebagai pemilik Motorola Mobility khabarnya bakal menyediakan update Android KitKat 4.4. 

Laporan awal menyatakan, telefon pintar ini akan dijual secara global, mulai dari Brazil dan beberapa negara Eropah pada bulan ini sebelum melanjutkan ke pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika pada Januari 2014.

24 November 2013

Malu ada payudara seperti wanita

LONDON - Seorang lelaki Britain, Farshad Hashemzadeh berasa sangat malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana memiliki payudara seperti wanita.Hanya payudara kanan Hashemzadeh yang membesar seperti buah dada wanita manakala payudara kirinya normal seperti lelaki lain.
"Saya tidak tahu kenapa ia berlaku kepada saya, payudara saya semakin hari semakin membesar sehingga membuatkan saya berasa rendah diri," katanya kepada akhbar The Sun.
Payudara Hashemzadeh mula membesar sewaktu dia berusia 18 tahun dan pada ketika itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Saya tidak mahu orang lain melihat 'kelebihan' saya ini. Lelaki lain patut tahu bagaimana keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka," katanya.

Pisau toreh payudara

Ada suatu ketika akibat terlalu tertekan, Hashemzadeh pernah mengambil pisau untuk menoreh payudaranya sendiri sehingga dia dirujuk kepada seorang pakar psikiatri.
Keadaan ganjil yang dialami Hashemzadeh itu dinamakan Ginekomastia iaitu ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron yang menyebabkan organ tersebut membesar secara tidak normal.

Menurut pakar bedahnya, Dr. Azhar Aslam, kira-kira separuh golongan lelaki mengalami Ginekomastia tetapi pada skala yang kecil. Kos untuk dia menjalani pembedahan tersebut agak tinggi iaitu sebanyak AS$5,000 (RM16,000).
Namun, Hashemzadeh bernasib baik kerana dia mempunyai seorang teman wanita yang prihatin dan menolongnya mendapatkan wang untuk menjalani pembedahan tersebut.
"Saya tidak lagi berasa sedih kerana sudah kembali menjadi seorang lelaki normal malahan, saya beruntung mempunyai seorang teman wanita yang sangat baik," katanya.
Tambah Hashemzadeh, selepas parut kecilya sembuh, dia berasa seperti lelaki yang baru dilahirkan semula. - Kosmo

22 November 2013

Pemuda gemuk pulang ke Perancis

Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England. Macam tu lah kesusahan kalau berat badan berlebihan, kena berusaha turunkan berat badan segera dengan produk yang membantu kurangkan masalah berat badan dalam masa 25 hari sahaja!
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Kisahnya...

Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.

Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.

Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.
Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis. - Kosmo

21 November 2013

Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida


Sebuah kubu perlindungan yang dibina semasa Perang Dingin untuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy berdekatan Palm Beach kini dijadikan sebagai sebuah muzium.
Kubu itu terletak hanya beberapa minit dari Palm Beach yang menempatkan lokasi kediaman keluarga bekas Presiden AS itu.
Ia dilengkapi dengan ruang dewan utama yang ditempatkan 15 buah set katil dua tingkat, sebuah meja untuk Kennedy dan meja persidangan.
Fasiliti itu merupakan tempat persembunyian yang dikawal ketat selain dilengkapi dengan bekalan makanan tentera, tong air dan kelengkapan alat pengesan radiasi.

Gambar kubu



Selain itu, tempat perlindungan tersebut juga boleh dijadikan rumah kediaman untuk 30 anggota keluarga Kennedy dan kakitangan utama selama sebulan sekiranya serangan nuklear berlaku.
"Mereka telah menguji kubu itu dengan membawanya ke sini.
"Ia terletak sejauh 10 minit perjalanan dari pintu hadapan Palm Beach ke kawasan berkenaan," kata Pengurus Besar Muzium Maritim Palm Beach, Anthony Miller yang bertanggungjawab mengawal selia kawasan berkenaan.
Kennedy menjadi Presiden AS dari 20 Januari 1961 hingga 22 November 22 1963.
Beliau mati ditembak di Dallas oleh Lee Harvey Oswald.

19 November 2013

Ukiran kayu terpanjang di dunia

Satu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini.
Ukiran kayu tersebut memiliki panjang 12.286 meter dan dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan, Zheng Chunhui yang berasal dari wilayah Fujian.

Dia mengambil masa empat tahun untuk menyiarkan hasil seni tersebut beberapa teknik ukiran yang berbeza.
Dua versi lukisan tersebut masing-masing dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing diukir pada kayu berkenaan.
Lukisan itu diukir pada batang pokok kapur barus berusia 1,000 tahun. - Agensi

Singa jadi simbol status

Seorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan dia bermain dengan singa di hadapan beberapa buah kereta sport sebagai simbol kemewahannya. Akaun Instagram tersebut yang setakat ini memiliki lebih 250,000 pengikut menggunakan nama Humaid AlBuQaish.
Lelaki berkenaan kerap memuat naik gambarnya berdampingan dengan beberapa ekor singa dan cheetah.Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan tentang pekerjaan AlBuQaish tetapi dia jelas memiliki kekayaan yang didambakan oleh ramai orang.

Simbol status orang kaya

Menurut pengurus Taman Hidupan Liar Ras Al-Khaimah di Emiriah Arab Bersatu, Jasim Ali, binatang buas itu kini dianggap sebagai simbol status dalam kalangan golongan kaya di Teluk.

"Seekor singa putih yang jarang didapati dijual pada harga AS$50,000 (RM159,275)
"Jika seseorang itu membeli haiwan yang amat mahal, dia mahu menunjukkan bahawa dia berupaya membeli apa sahaja yang dia mahu di dunia ini," kata Jasim
"Jika dia menjinakkan binatang buas seperti singa, dia mahu seluruh dunia tahu tentang keberanian dan kejantanannya," tambah pengurus tersebut. - Kosmo

18 November 2013

Diabetes semakin menakutkan

Penyakit dewasa ni memang banyak menular, macam-macam jenis. Tapi kencing manis atau diabetes nih dari dulu sampai sekarang, makin bertambah. Orang kata penyakit potong kaki sebab kalau kena diabetes, ada luka kat kaki, susah nak sembuh sebab luka tu dari dalam. Maknya daging dalam rosak dulu, lepas tuh baru le boleh nampak keluar dari kulit. Penyakit ni terbalik skit cara cederanya. Aku pernah dengar kekawan bercerita ler, kalau kena diabetes, buntut jadi jatuh! Kalau sebelum ni buntut bulat jer, bila kena diabetesm jadi kempis. Laki ke perempuan ke, sama jer. Jadi, ingat-ingat kekawan sebab penyakit nih kalau dah kena, tak boleh undur balik, macam resdung gak. Jom layan berita dari kosmo tentang diabetes nih.

Belanja besar untuk rawat diabetes

Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun.Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia merupakan anggaran kasar bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta.Beliau berkata, perbelanjaan yang besar itu merupakan satu bebanan yang secara tidak langsung akan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sosioekonomi negara.
"Jadi saya menyarankan agar semua individu di Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat tentang penyakit diabetes serta berusaha menangani masalah itu secara menyeluruh.
"Kos rawatan untuk pesakit kencing manis adalah mahal. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu membayar alat rawatan termasuk alatan bagi memeriksa tahap diabetes mereka," katanya.

iPhone 6 dengan skrin melengkung

Telefon pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasaran. 

Begitu juga penjualan telefon sebegini dengan harga agak mahal. Namun hal ini tidak menghentikan niat pengusaha telefon pintar lain mengeluarkan telefon pintar dengan skrin melengkung.

iphone juga di khabarkan tidak mahu ketinggalan mengeluarkan telefon dengan skrin melengkung. 

Dalam satu laporan oleh Bloomberg, iPhone 6 milik Apple bakal hadir dengan peningkatan aplikasi dan software besar-besaran berbanding iPhone 5S. 

Bloomberg juga melaporkan iPhone 6, tidak hanya bakal hadir dengan rekaan layar melengkung, Apple juga bakal menggunakan sensor tambahan yang mampu mengesan tingkat tekanan yang berbeza. 

Selain itu, Apple juga akan menyiapkan dua model iPhone 6, salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci manakala satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci. Kedua model iPhone 6 itu, hadir dengan rekaan.

15 November 2013

Cipta rekod berlari guna kaki dan tangan

Seorang lelaki Jepun, Kenichi Ito mencipta rekod dunia apabila dia berlari sejauh 100 meter dengan menggunakan kaki dan tangannya dalam tempoh 16.87 saat di sini semalam.Ito, 31, yang dikenali sebagai lelaki terpantas berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu memecahkan rekod lama yang dipegangnya sebelum ini iaitu 17.23 saat.
Dia mula berlari menggunakan kaki dan tangannya itu sejak 10 tahun lalu.Larian seperti itu menyebabkan dia kelihatan bergerak seperti monyet Patas dari Afrika Selatan.Pihak Guinness World Records mengiktiraf rekod baharu itu.

Guinness World Records

Ketika mencipta rekod itu, dia berlari bersama beberapa peserta lain dalam pertandingan yang dianjurkannya sendiri di sebuah stadium. - Kosmo

12 November 2013

KFC Delivery

PENGENDALI francais restoran KFC di Malaysia, QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brand) akan membuka cawangan restoran KFC mesra alam di Nilai, Negeri Sembilan menjelang suku pertama tahun depan, sekali gus menjadi cawangan pertama seumpamanya di Malaysia.Pengarah Urusan QSR Brand Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pembukaan cawangan itu melibatkan pelaburan kira-kira RM5 juta.

"Bagaimanapun buat masa ini, kami masih berada di peringkat untuk mereka bentuk restoran itu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara KFC (Semenanjung Malaysia) Sdn Bhd dengan pengeluar skuter Eclimo Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
Melalui perjanjian itu, Eclimo akan membekalkan skuter elektrik 100 peratus mesra alam bagi operasi penghantaran KFC di sekitar Lembah Klang.

KFC Delivery


Menurut Ahmad Zaki, menerusi pembukaan cawangan berkonsep baru itu, KFC menjangkakan pertumbuhan perolehannya akan melebihi lapan peratus tahun depan.Mengulas berhubung perkembangan perkhidmatan bagi KFC Delivery, Ahmad Zaki berkata syarikat itu akan menambah 40 restoran penghantaran sepanjang   tahun hadapan.

"Setakat ini, kami mempunyai 41 restoran sedia ada di Lembah Klang dan bakal membuka sembilan lagi cawangan sebelum akhir tahun ini.

"Kami turut meluaskan perkhidmatan itu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan akan diikuti Sabah dan Sarawak dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eclimo Liew Chung Peng berkata, syarikatnya akan turut membekalkan skuter elektrik bagi restoran Pizza Hut.

"Eclimo akan menyerahkan 50 skuter untuk 41 restoran KFC sedia ada selain menghantar 30 unit skuter ke lima atau enam cawangan KFC di Pulau Pinang dalam tempoh beberapa minggu akan datang," katanya.

Skuter elektrik Eclimo ES11 menggunakan kuasa elektrik palam tiga pin biasa dengan  sistem penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana ia boleh dicas di mana-mana kawasan yang mempunyai sumber elektrik - Sinarharian.

11 November 2013

Gengster Malaysia balik kampung

Anggota kumpulan kongsi gelap yang bersembunyi di negara jiran kerana tertekan dengan Ops Cantas Khas yang dilancarkan polis pada pertengahan Ogos lalu dikesan mula pulang ke negara ini.
Berikutan itu, Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi memburu mereka kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk lain sempadan.
"Maklumat yang pihak kita peroleh mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang sebelum ini lari merentasi sempadan negara mula balik ke Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam.

Mega Sale Lazada

Korang mesti tahu tentang lazada kan? Takkan tak tahu kot... atau pun pernah beli barang kat lazada tuh. Kalau ada barang nak beli, sesuai beli sekarang sebab lazada ada mega sale sekarang. Mesa sale lazada ni di namakan " Online Revolution " dengan tag line nya "We're changing the way you shop". Mega sale ni start 11/11/13 - 12/12/13, cantik nombor nih.

Masa sale ni ada 11 produk dari 11 kategori akan di buat sale gila-gila dalam tempoh seperti di atas.  Makna 11 produk dalam satu masa ikut kategori masing-masing akan di beri harga murah dan produk-produk ni akan di tukar setiap minggu selama 4 minggu le.

Online Revolution di Lazada


Ini lagi best. Korang boleh vote 11 produk di lazada setiap hari dari pukul 11am - 11pm dan produk yang dapat vote tinggi akan di jual pada harga rm1 pada pukul 11am keesokkannya tetapi hanya satu unit shaja di jual. Ini baik punya cara promosi ni, macam-macam idea lah depa nih. Tapi 1 unit, sapa cepat dia dapat ler.



Emm.. aku nak vote pe kali nih ek? Note 3 bulih jadi gak nih, tapi frust 1 unit jer. Seluruh negara nak tunggu rebut 1 unit jer... hehehe.. confirm aku tak dapat. Walau apa pun, kalau korang suka untuk memeriahkan suasana, boleh jer join benda-benda cam nih.

08 November 2013

Pengawal Keselamatan jadi pelakon

Tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa tahu ehh. Korang mesti ingat pengawal keselamatan yang di marahi oleh isteri Mak Yo sebelum ni kan. Namanya Azman dan sekarang dah terima tawaran berlakon beb. Fulamakk... jadi pelakon la plak dia, tapi tak tahu menjadi ke tidak kerana lakonan dalam satu cerita ni hanya beberapa minit jer. Harap-harap Azman dapat tawaran berlakon lagi lepas nih dan semuga rezeki bertambah-tambah. Inilah orang kata, setiap kejadian ada hikmahnya.

Cintang Pandang Kedua TV9





Rakaman kekecohan antara dirinya dengan isteri seorang pemain bola sepak terkenal, yang tersebar menerusi internet pada September lalu, membawa pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, ke dunia lakonan.
Umpama rakaman semula atau parodi, Azman, 49, muncul menerusi aksi cameo bersama pelakon muda, Izara Aishah dan Dazrin Kamaruddin, dalam drama berjudul, Cinta Pandang Kedua, yang akan disiarkan TV9, bulan depan.
"Saya hanya berlakon beberapa minit. Wataknya juga tidak besar mana. Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya tak tahu sama ada mahu terima atau tidak. Rasanya seperti mahu tapi malu sebab siapalah saya ini. Segan juga apabila berlakon dengan artis popular.

Azman yang bertuga di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Petaling Jaya, tidak menyangka produksi drama terbabit menawarkan peluang berlakon kepadanya.

01 November 2013

Servis Toyota Altis 80 000 km, RM1123

Hari aku memang tak kerja. Memang cuti di berikan sebab esok ganti public holiday. Jadi aku pergi servis kereta kat UMW Toyotsu Motor Seksyen 15 Shah Alam. Book pukul 10.00 pagi tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai. Hari ni ialah hari bekerja bagi ramai orangm jadi, takde le ramai sangat orang servis kereta hari nih jika banding dengan hari Sabtu.

Masuk-masuk kat pusat servis tu, terus kekaunter untuk daftar. Aweks tu ambik buku servis tuh, tunggu dalam 10 minit, service advusir panggil untuk daftar dan pergi check kereta. Sebelum service advisor panggil tuh, aku pekena dulu 2 bungkus nasi lemak free kat pusat service toyota nih dengan air milo, layan-layan akhbar jap.

Toyota Vios baru 2013


Sambil-sambil tunggu diorang service, aku usha-usha toyota vios baru jap.... emmm.. boleh tahan. Kalau korang nak tengok gambar, ada kat sini. Tanpa segan silu aku ambik je gambar keta tuh, buat-buat macam biasa jer.

Kereta aku servis tadi, dah siap. Kaunter bayaran, perghhh,,, tukang jaga kaunter, ala-ala pan asia gituh. Untuk servise 80 000 km nih, kena le kos rm1123. Ini service paling mahal untuk kereta aku nih sebab macam-macam minyak di tukar. Aku tak nak ambil risiko service kat bengkel-bengkel lain takut kena tipu dan juga takut spare part takde kualiti. Jadi gores je ler bayaran tuh hoho, nanti baru bayo kad kredit tuh.


Macam-macam tukar, baru selamat skit
Senarai kos
Total kos, pejam mata bayar

Kemudahan Pusat Service UMW Toyotsu Shah Alam



TV, ada
Lepas service guna pass ni untuk keluar dari pusat service
Lepas bayar, dapat le keropok skit free
Tempat main budak-budak
Tempat makan dan minum
Kaunter
Nasi lemak percuma, aku makan 2 bungkus, bolehla
Meja rundingan

31 October 2013

mesin duit maya pertama di dunia

Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet. Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia.Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).
Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.

"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.



Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan."Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.
Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.
Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan - Kosmo

29 October 2013

Sorok kokain celah kelangkang

KOTA KINABALU – Kegembiraan tiga keldai dadah mendarat di Hong Kong dengan menyeludup kokain seberat lebih dua kilogram bernilai RM500,000 yang dilekatkan di celah kelangkang mereka tidak berpanjangan apabila kesemuanya  polis negara itu kelmarin.
Dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an tersebut diberkas selepas pihak berkuasa Hong Kong bertindak atas maklumat yang diberikan oleh polis Bukit Aman.

Mereka menaiki pesawat dari Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA 2) di sini pada pukul 6.30 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tembelang suspek terbongkar selepas pihaknya menahan seorang bekas banduan berusia 31 tahun di KKIA 2 ketika dia ingin menaiki pesawat yang sama dengan tiga rakannya itu.

Gaya moden Muslimah

Kehadiran rekaan yang menepati syarat pemakaian, bukan saja membolehkan wanita Muslimah bergaya, malahan lebih memikat dalam setiap langkah dipadukan mereka. 

Seiringan permintaan dunia pemakaian Muslimah yang semakin mendapat perhatian, Festival Fesyen Islam (IFF) 2013, acara persembahan fesyen yang tidak asing lagi tampil sekali lagi memperkenalkan rekaan busana dilihat mampu memberi impak dalam industri fesyen. 

Eksklusif, mewah 


Menceriakan pentas dengan rekaan menggabungkan keunikan songket, fabrik batik dan tenunan sentuhan utama, pementasan bertemakan Kelir Sriwijaya di Palembang, Indonesia, barubaru ini, menampilkan rekaan kreatif pereka Indonesia dan Malaysia dalam menyemarakkan lagi dunia hijab Muslimah moden. 

Eksklusif dan mewah, namun masih mengekalkan syarat pemakaian wanita Muslimah moden. Antara pereka yang turut menyumbang sentuhan kreatif mereka ialah tiga dari Malaysia iaitu Datuk Tom Abang Saufi, Nora daripada Galeri Muslimah serta Calvin Thoo. Pereka dari Indonesia pula ialah Zainal Ariffin, Jeny Tjahyawati, Ade Listiani, Dian Pelangi dan Ghea Panggabean. 

Akaun Facebook suspek jadi perhatian

Kuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak kelmarin. 

Laman berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela itu, menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis yang turut memantau, percaya akaun Facebook terbabit milik suspek. 


Berdasarkan semakan BH terhadap laman itu, pemiliknya memuat naik status terakhir, dua hari sebelum pembunuhan terbabit, dengan tulisan, "Jum Blik kampung kita.... mat mlam all" (jom balik kampung kita, selamat malam semua). 

Sehingga jam 9 pagi semalam, seramai 186 pelayar internet berkongsi status terakhir lelaki itu sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan dan mengajak orang ramai membantu polis menjejaki suspek. 

Tunjuk gambar pakai seragam pengawal 

Himpunan gambar yang disimpan dalam akuan itu antara lain menunjukkan suspek memakai seragam pengawal keselamatan, lengkap memegang senjata api jenis Pump Gun dan dipercayai dirakamkan ketika bertugas di bank. 
Antara gambar lain yang dimuat naik lelaki itu termasuklah lebih tiga keping gambar longgokan wang tunai dan aktivitinya bersama rakan ketika bersenam dalam gimnasium. 

Berdasarkan bahasa digunakan pada status dan kebanyakan komen dalam laman itu, menunjukkan pemilik akaun terbabit berasal dari Indonesia, sekali gus menguatkan lagi kenyataan polis sebelum ini bahawa suspek berasal dari Sulawesi, Indonesia. 

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 

Larikan wang tunai 

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. 

Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000. 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut mengesahkan suspek terbabit menggunakan MyKad palsu berdasarkan nombor dokumen itu tidak wujud dalam sistem maklumat jabatan itu.

28 October 2013

Budu dalam paket, tiub

Sama sekali tidak menyangka inisiatif menghasilkan budu daripada lebihan ikan bilis 30 tahun lalu membuahkan hasil apabila jenama Budu Cap Ketereh kini semakin dikenali ramai. Mat Ismail Jusoh, 60 Pengarah Urusan jenama berkenaan cukup berbangga apabila usaha yang dilakukannya selama ini membuat produknya kini mampu menjengah sehingga pasaran Asia Barat dan menjadi antara barangan penting bagi jemaah haji. 

"SAYA MENDAPAT ILHAM MENGHASILKAN BUDU DALAM BENTUK TIUB INI APABILA MENGUNJUNGI VIETNAM BARU-BARU INI YANG SAYA DAPATI AGAK SUSAH MENDAPATKAN MAKANAN HALAL" Mat Ismail Jusoh, Pengasas Budu Cap Ketereh"

Memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk paket, katanya, kini budu sudah mampu dibawa ke merata tempat tanpa gusar risiko botol pecah di dalam pesawat."Sebelum memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk paket, ramai pelanggan datang bertemu saya dan mencadangkan supaya mengisi budu dalam pek yang sesuai untuk dibawa ketika melancong ke negara luar."Ini kerana lidah orang Melayu terutama orang Kelantan, memang janggal kalau menikmati hidangan nasi tanpa budu," katanya ketika ditemui di tempat pembungkusan budu miliknya di Kampung Geting, di sini.

Menyingkap semula sejarah perusahaan itu, Mat Ismail yang asalnya seorang nelayan memberitahu pada 1980-an, bekalan ikan bilis banyak dan tidak terjual, lalu beliau mengambil keputusan untuk membuat budu. "Memandangkan ramuannya yang tidak rumit iaitu hanya menggunakan garam, gula dan pewarna, ikan bilis hanya diperam dalam tempayan dan tunggu beberapa bulan untuk menjadi budu.

"Beberapa tahun selepas itu, apabila perusahaan semakin maju barulah saya mendirikan kilang, kini menempatkan 450 tong dengan setiap satu tong mengandungi tiga tan ikan bilis yang diperam lebih lapan bulan," katanya yang mendapat bekalan ikan bilis dari Tok Bali.

Luaskan pasaran luar negara



Dengan memiliki 60 pekerja, syarikatnya mampu mengeluarkan lebih 4,000 botol budu setiap hari untuk dieksport ke luar negeri selain pasaran tempatan.Bapa kepada lapan anak itu, berkata Budu Cap Ketereh kini dalam proses menghasilkan pembungkusan menggunakan tiub yang dianggap lebih relevan dalam semua situasi dan mudah dibawa ke mana saja terutama bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Kandungan seberat 70 mililiter (ml) yang bakal dijual pada harga serendah RM1.20 itu dihasilkan dalam bentuk yang pekat bagi tujuan lebih menjimatkan."Maksud jimat di sini adalah kerana pengguna perlu mencampurkan sedikit air apabila ingin makan, jadi mereka hanya menggunakan sedikit saja kandungan dalam tiub itu.

"Saya mendapat ilham menghasilkan budu dalam bentuk tiub ini apabila mengunjungi Vietnam baru-baru ini yang saya dapati agak susah mendapatkan makanan halal.

"Saya mula terfikir, jika sebelum ini budu sudah ada dalam bentuk paket, mungkin lebih elok kalau diisi dalam tiub yang lebih memudahkan untuk diletakkan dalam beg sandang dan tidak mudah pecah," katanya.Sebagai perancangan untuk masa depan, beliau berkata selepas memperkenalkan pembungkusan budu dalam bentuk tiub ini di pasaran tempatan, beliau akan melebarkan sayap ke Thailand dengan menggunakan label bahasa itu. 


SIRIM kaji untuk produk kosmetik 


Bernaung di bawah syarikat Perusahaan Warisan Ketereh, jenama Budu Cap Ketereh mendapat pengiktirafan hak paten daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekali gus produk ini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.Walaupun ada pihak yang cuba meniru produknya dalam bentuk pembungkusan dan ilustrasi, Ismail berkata pembeli tidak tertipu memandangkan rasa yang berbeza dan dikeluarkan oleh syarikat lain. 

Anak keduanya, Mohd Izuan Mat Ismail, 27 merangkap Pengurus Perusahaan Warisan Ketereh memberitahu pasaran budu keluaran syarikatnya itu semakin berkembang dan pasarannya tidak terhad dalam negeri."Kira-kira 30 peratus produk kami mendapat tempat untuk pasaran luar Kelantan serta beberapa wilayah Thailand termasuk Yala dan Pattani. 

"Produk kami juga digunakan oleh Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dalam kajian untuk menghasilkan produk kosmetik," katanya
Designed By Blogger Templates