MyCNews

31 August 2008

Nurul Izzah Gembira

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 Ogos 20008
"Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.


Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu." kata nurulizzah selepas PKR memang parlimen Permatang Pauh.
---
Semuga anak DSAI ini akan mengikuti jejak langkah bapanya di dalam memperjuangkan keadilan di Malaysia.
---
Dapatkan ebook terbaru dari Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi berjudul "Mentor Jutawan" di
http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=0463cbef
---

Ahli Parlimen keluar dewan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pembangkang gagal menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji semula Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 walaupun menggunakan pelbagai cara untuk memaksa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menerima saranan mereka itu. Keengganan Syed Hamid menerima desakan pembangkang itu menyebabkan mereka untuk kali ketiga bertindak keluar Dewan sejak Parlimen ke-12 bersidang pada Mei lalu.

Tindakan tersebut diambil ketika Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengemukakan rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali kedua.

Kejadian itu berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam Dewan Rakyat dan duduk bertentangan dengan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kedua-dua mereka yang tidak terlibat dalam pertelingkahan Ahli Parlimen itu hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat gelagat ahli Dewan dan membiarkan sahaja keadaan tersebut.
---
Macam ni kah ahli parlimen yang kita pilih? Kita bayar gaji, diaorang suka2 membazirkan waktu & tenaga.

Merdeka...Merdeka...Merdeka...

Lebih 50,000 warga kota berkumpul di Dataran Merdeka, malam tadi, bagi memeriahkan sambutan Ambang Merdeka termasuk menunggu detik simbolik ketibaan detik 12 tengah malam.

Turut menyemarakkan detik bersejarah itu dengan laungan keramat ‘merdeka’ adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Acara serupa diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
---
Selamat Hari Merdeka. Perasankah anda, kaum manakah yang paling sedikit mengibarkan bendara sempena hari merdeka?

Pertandingan MCA bermula

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Pemimpin-pemimpin MCA telah bersiap sedia menghadapi pertandingan bagi jawatan peringkat pusat yang mereka akan tandingi dengan memulakan kempennya di seluruh negara untuk mendapat undi pada pemilihan parti 18 Oktober.

Seperti pemilihan bagi presiden Amerika Syarikat, yang kini sudah sampai ke kemuncaknya selepas kedua-dua parti Demokrat dan Republikan memilih calon mereka masing-masing, bakal calon yang bertanding bagi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kedua terbesar, dijangka mengikut langkah ini, dengan mengumumkan jawatan yang mereka akan tandingi.

Setakat ini, hanya tiga calon Naib Presiden MCA dan juga Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat, Setiausaha agung Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong dan Naib Ketua Wanita, Datuk Paduka Chew Mei Fun telah mengumumkan untuk bertanding jawatan yang mereka akan tandingi, sementara yang lain masih lagi bersikap tunggu dan lihat.
---
Kita tengok dan lihat siapa bakal menerajui MCA yang kalah teruk dalam undi yang lepas.

Restoran masih caj cukai perkhidmatan

PUTRAJAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan perbuatan sebilangan daripada 4,400 pengusaha restoran luar hotel berpendapatan kurang daripada RM3 juta setahun terus mengutip cukai perkhidmatan lima peratus daripada pelanggan walaupun ia dimansuhkan sejak 1 Julai lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata beliau melalui pengalaman itu selepas menjamu selera di sebuah restoran yang tidak lagi memiliki Lesen Cukai Perkhidmatan (LCP), baru-baru ini.
---
Berhati-hatilah semasa makan di kedai tuh, macam-macam cara orang nak kaut untung cepat.

30 YB lompat parti

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu menarik 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang untuk beliau membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri walaupun sudah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyatakan secara terbuka kepada Ahli Parlimen BN berkenaan bahawa mereka hanya akan menjadi ‘pekerja’ dan mengikut arahan pemimpin pembangkang dan hala tuju parti berkenaan.

"Dia (Anwar) fikir mampu membeli mereka tetapi pemimpin lain ada lebih banyak wang. Mustahil untuk dia dapat mengalahkan pemimpin lain," katanya sinis ketika ditemui di Yayasan Kepemimpinan Perdana di sini, semalam.
---
Kita tunggu dan lihat pada 16 Sept 2008 ni macam mana keadaannya.

Pah Lah: Jangan cabar undang-undang negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan demonstrasi jalanan yang dirancang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang hari ini bukan cara untuk membawa perubahan, sebaliknya ia perlu dilakukan menerusi pilihan raya.
Perdana Menteri berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi rakyat dengan dada terbuka serta berdepan parti pembangkang yang sering mempertikaikan proses pilihan raya yang adil.
“Daripada dulu sampai sekarang kita ingatkan diri kita, kita tak lupa hadapi rakyat untuk dapatkan penilaian daripada mereka apakah kerajaan ini diterima dan diakui sebagai baik dan bawa pembangunan seperti yang diharapkan.
---
Demonstasi jalanan memang cara yang tak baik untuk menunjukkan protes. Tetapi harus di ingat, kalau guna jalan yang betul. tindakkan kerajaan sangat lambat.

Najib: Cuepacs boleh merayu

Bajet 2009 yang memperuntukkan kakitangan kerajaan mendapat sebulan gaji atau minimum RM1,000 tahun ini. Dua lagi tuntutan cuepacs yang tidak boleh diberikan kerajaan buat masa ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekalipun kerajaan tidak memenuhi dua lagi permintaan Cuepacs berkaitan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dan penyelarasan elaun sara hidup (COLA) kepada kakitangan kerajaan, namun golongan itu juga sebenarnya turut mendapat faedah daripada peruntukan lain yang diumumkan.
"Tak boleh dapat semua yang kita hendak, ini tertakluk kepada kemampuan kerajaan sebab kerajaan kena memenuhi semua kehendak golongan," kata Najib.
--
Oklah tuh dapat bonus beebanding dengan tahun lepas tak dapat. Pekerja swasta lagi lah haru, apa pun tarak keculai cukai pendapatan potong 10% je. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat.

29 August 2008

Bajet 2009 :Tawan Semula Hati Rakyat

Membasmi kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)
Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan
Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.PelanconganKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan
Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta. Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik. Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Designed By Blogger Templates