MyCNews

05 July 2013

Kredit kad oh kredit kad

Apabila tiba Ramadan, ramai yang sudah berkira-kira untuk membuat pelbagai persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bagi ibu bapa boleh menggaru kepala apabila memikirkan perkara itu tambahan pula jika mempunyai anak ramai. Dari pakaian, kuih-muih, kelengkapan rumah dan sebagainya antara keperluan yang perlu ada. Bagi yang bijak dan ingin berjimat cermat tidak menjadi masalah kerana mereka menggunakan saja barang tahun sebelumnya. Begitu juga dengan juadah dan kuih-muih sebilangan mereka lebih suka buat sendiri untuk menjimatkan belanja, bagi yang tidak sempat dan tidak mahu fikir, pastinya beli saja yang sudah siap.

Walau apa saja yang tindakan mereka, perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah bijak merancang perbelanjaan supaya tidak terlebih bajet dan terikat dengan hutang termasuk menggunakan kad kredit.

Yang pasti, anda mesti ada kuasa kemahuan dan perancangan yang teliti.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

1 Buat perancangan awal. Semak balik aliran tunai anda dan sediakan strategi penjimatan. Kaji cara untuk mengehadkan perbelanjaan supaya anda dapat berjimat cermat sedikit setiap minggu – sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

2 Buat bajet. Pastikan berapa banyak anda perlu belanja, dan jangan berbelanja melebihi jumlah itu.

3 Jika anda membeli hadiah atau pakaian, buat senarai nama penerima dan tetapkan bajet bagi setiap orang. Semasa membeli-belah, pastikan anda tidak melebihi bajet yang diperuntukkan.

4 Pergi membeli-belah lebih awal supaya anda boleh membandingkan harga. Ramai antara kita memang suka menunggu sampai saat terakhir untuk berbelanja.

5. Tinjau terlebih dulu sebelum membuat pembelian. Semasa membuat tinjauan, catatkan harga barang-barang yang hendak dibeli berserta pendapat anda. Apabila anda pulang ke rumah, susun senarai tinjauan anda dan buat keputusan dimana anda hendak berbelanja.

6. Pastikan anda mengkaji selidik kedai alternatif yang mungkin menawarkan barang yang dikehendaki dengan harga yang lebih murah. Dengan ini, anda dapat memastikan yang anda membuat pilihan dan pembelian yang terbaik dan tidak menurut gerak hati semata-mata.

Bagaimana Mengendalikan Hutang Kad Kredit Hari Raya

1. Jika anda membeli hadiah atau pakaian, sarankan senarai penerima-penerima utama daripada terpaksa membeli untuk semua orang. Biasanya apabila seorang ahli keluarga menyarankan pendekatan ini, ahli keluarga yang lain akan berasa lega.

2. Ingat. Anda berbelanja untuk menyambut Hari Raya. Jika anda terdorong untuk membeli sesuatu untuk diri sendiri, catatkan benda-benda yang anda terdorong untuk beli dan kongsi senarai itu dengan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk rujukan masa depan. Mereka mungkin memerlukan idea hadiah untuk hari jadi anda yang akan datang dan senarai hajat anda akan membantu mereka.

3. Ingat, jagalah keselamatan kad kredit anda pada Hari Raya ini. Jangan sekali-kali meminjamkan kad kredit anda kepada orang lain, jangan beri nombor kad kredit anda kepada sesiapa pun dan jangan biarkan kad kredit dan resit pembelian anda bersepah-sepah. Dengan mematuhi beberapa peraturan mudah ini, anda akan menghindari diri sendiri daripada menjadi mangsa penipuan atau kecurian kad kredit!

4. Jika anda telah menjadi mangsa kecurian kad kredit, hubungilah bank dengan serta-merta untuk melaporkan kehilangan kad. Jika si pencuri menggunakan kad kredit anda sebelum sempat anda membuat laporan anda mungkin bertanggungjawab atas pembelian yang dibuat tanpa izin. Selepas membuat panggilan laporan, anda perlu menulis surat rasmi kepada bank dengan memberi nombor akaun, tarikh kehilangan kad dan waktu anda membuat panggilan laporan.
Share This

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates