MyCNews

31 July 2013

Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta

Johor Bahru: Jika benar Johor Darul Takzim (DT) sanggup membayar Pablo Aimar sejumlah RM6.1 juta untuk mendapatkan khidmatnya selama semusim, bekas pemain antarabangsa Argentina itu harus muncul pemain import termahal dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M).

Desas-desus kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bermula bulan lalu apabila Aimar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.
Pemain yang sudah menamatkan kontrak bersama kelab Benfica di Liga Portugal itu dan pernah beraksi bersama River Plate di Liga Primera serta kelab, Valencia dan Real Zaragoza dalam saingan La Liga turut menyaksikan perlawanan Liga Super membabitkan Johor DT dan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun lalu.

Berlian 200 tahun ditemui semula

Berlian berusia 200 tahun yang didakwa hilang dari sebuah tokong di Jalan Kapitan Keling kelmarin ditemui semula dalam serpihan kaca yang diketuk seorang lelaki kelmarin.

Justeru, polis menafikan dakwaan berlian itu dilarikan seorang pemuda yang cedera dibelasah tiga lelaki di Tokong Cina Godness of Mercy dalam kejadian kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris, berkata berlian berkenaan ditemui pada serpihan cermin selepas suspek berusia 35 tahun memecahkan cermin yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin dengan menggunakan tukul besi.


Beliau berkata, penemuan berlian itu dimaklumkan pihak pengurusan tokong berkenaan kepada polis selepas pemeriksaan ke atas suspek gagal menemui berlian itu.

Suspek dibelasah

Katanya, suspek yang cedera dibelasah tiga lelaki yang menyedari perbuatan itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan di kepala.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 kanun sama iaitu melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan kerugian," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, suspek dikatakan menceroboh tokong berkenaan untuk mencuri berlian itu tetapi perbuatannya dikesan orang ramai yang kemudian membelasah suspek sehingga cedera

29 July 2013

Oh oh oh balik kampung, naik bas makin selamat

Semua pemandu bas ekspres diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk saringan air kencing sebelum memulakan perjalanan mereka menjelang Aidilfitri ini.

Selain itu, pemeriksaan ke atas bas ekspres yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini akan turut dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Malah latar belakang pemandu bas ekspres juga akan diambil kira bagi memastikan hanya mereka dengan mempunyai rekod bersih dibenar membawa bas sepanjang musim perayaan ini.

Pemeriksaan lebih ketat dan bersepadu, termasuk kesihatan pemandu bas serta keselamatan bas ekspres akan mula dilakukan mulai minggu depan." Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata langkah lebih ketat itu dibuat bagi memastikan keselamatan ribuan penumpang bas ekspres lebih terjamin pada musim perayaan.

Katanya, pemeriksaan itu akan dilakukan di semua terminal bas utama seluruh negara dan di lokasi terpilih secara rambang.

"Pemeriksaan lebih ketat dan bersepadu, termasuk kesihatan pemandu bas serta keselamatan bas ekspres mula dilakukan mulai minggu depan sebelum ribuan penumpang mula pulang ke kampung.

"Pemeriksaan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Zon Tongkang Pechah, di Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong, Kampung Parit Selulun, dekat sini, semalam.
Aziz berkata, pemeriksaan bersepadu kali ini dibuat bagi memastikan pemandu bas bebas alkohol dan dadah, selain memastikan hanya bas yang dalam keadaan selamat berada di atas jalan raya.

"Pemandu positif dadah atau alkohol ketika pemeriksaan, akan ditahan serta-merta, manakala bas tidak mengikut piawaian dihalang membawa penumpang," katanya.

Sementara itu, Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading menasihatkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri pulang ke kampung Aidilfitri ini membuat pemeriksaan ke atas kenderaan masing-masing.

26 July 2013

Budak mangsa berebut parkir

Beijing: Seorang lelaki menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menyebabkannya menemui ajal selepas ibu mangsa enggan memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta.
Lelaki itu dikenali sebagai Han, mahu meletak kereta dekat perhentian bas namun wanita itu enggan beredar kerana sedang memeriksa anak perempuannya ketika itu, lapor akhbar Beijing Times, memetik seorang saksi sebagai berkata.

Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit" Zhou, Saksi

Han berusia awal 40-an, keluar dari kereta Hyundai Sonata, memukul wanita itu sebelum menarik kanak-kanak itu keluar dari kereta sorong, memegangnya dan menghempasnya, kata saksi, seorang pemilik gerai jalanan, Zhou.

Tak menangis

"Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit," lapor akhbar yang memetik Zhou sebagai berkata.

Seorang lagi lelaki keluar dari kereta sama dan turut memukul ibu mangsa sebelum mereka pergi dari situ, tambahnya.
Wanita berkenaan kemudian bergegas membawa anak kecilnya yang berada dalam keadaan kritikal ke hospital berhampiran.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu menemui ajal ketika dipindahkan ke sebuah hospital lain, menurut laporan.

Polis kemudian menemui Han yang dibebaskan dari penjara tahun ini selepas menjalani hukuman kerana mencuri, di sebuah rumah mandian air panas dan menahannya, kelmarin.

Dia mungkin didakwa kerana membunuh, lapor akhbar yang memetik pakar perundangan sebagai berkata.

Ini bermakna, lelaki itu ada kemungkinan dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang yang ada.

Ketegangan sosial memuncak di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan jurang pendapatan meluas dan penyalahgunaan kuasa

25 July 2013

RM500 bantuan khas raya

Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.


Bantuan kewangan yang akan dibayar pada 31 Julai ini membabitkan peruntukan kewangan RM835 juta.

ohsiot - Tertembak kemaluan sendiri

Simunjan: Seorang lelaki yang sedang berburu cedera parah selepas tertembak alat sulitnya dengan senapang patah di Kampung Kepayang, di sini, kelmarin.

Lelaki terbabit kini kritikal dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) berikutan kejadian jam 3.30 petang itu.
Sumber berkata mangsa yang berusia 32 tahun secara tidak sengaja tertarik picu senapang patah dibawanya dan meletup lalu terkena alat sulitnya.


Mangsa dikatakan sering memburu di kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.

"Ketika kejadian, isterinya memaklumkan suaminya secara tidak sengaja tertarik picu senapang miliknya menyebabkan peluru penabur mengena kemaluannya serta bahagian pinggang.

Tertarik picu senapang

"Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana dikejarkan ke pusat kesihatan di situ oleh rakannya yang turut berburu bersamanya selepas melihat dia terbaring sambil mengerang kesakitan dan berlumuran darah," katanya.
Katanya, mangsa dipindahkan ke HUS jam 12.30 tengah hari semalam untuk menjalani pembedahan mengeluarkan cebisan peluru penabur dan keadaannya dilaporkan serius.

Sehingga jam 6 petang semalam, difahamkan mangsa masih menjalani pembedahan susulan bagi membuang peluru dari kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan diteruskan

Pertubuhan Syiah Malaysia haram

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram, berkuat kuasa semalam.
Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.


Abdul Rahim berkata pengikut Syiah pernah memohon mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

24 July 2013

Desa Murni Batik - kreativiti 30 pereka muda lepasan institusi pengajian tinggi tempatan

Sambutan menggalakkan khususnya pembeli wanita mendorong Sasaliza Mohd Sirin memilih untuk membuka cawangan francais butik Desa Murni Batik.

Tambah pengurus butik cawangan Shah Alam itu, galakan pihak kerajaan melalui kempen pemakaian batik seminggu sekali dalam kalangan kakitangan kerajaan juga membuat beliau tambah yakin yang pasaran batik tidak akan susut.
Sasaliza berkata, rekaan dan corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran semasa dan juga permintaan daripada orang ramai.

"Melalui rekaan terkini dan moden, didapati pasaran kian meningkat terutama wanita yang memilih batik untuk fesyen kurung, kebaya, kurung moden dan terkini turut digayakan melalui rekaan gaun labuh dan jubah.

"Situasi ini mendorong pembukaan butik di Shah Alam, khusus bagi memenuhi permintaan peminat batik di sekitar Lembah Klang. Uniknya, walaupun kesemua batik dihasilkan di Kuala Terengganu tapi rekaan, warna dan corak adalah berdasarkan cita rasa masyarakat urban yang tinggal di sini," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Butik Desa Murni Batik, di Shah Alam, baru-baru ini.

Simbolik perasmian butik disempurnakan duta Desa Murni Batik, Erra Fazira dan diiringi Pengarah Urusan Desa Murni Batik Sdn Bhd (DMBSB), Mohd Suhaimi Embong.

DMBSB adalah sebuah syarikat pengeluar batik bumi putera yang memulakan operasi mengeluar dan menjual batik sejak 1974 diusahakan Embong Su di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu dan kini diwarisi anak lelakinya, Mohd Suhaimi.

Gandakan pengeluaran batik


Mohd Suhaimi berkata, melalui pembelian mesin mencecah ratusan ribu ringgit, syarikatnya kini berjaya menggandakan pengeluaran batik kepada hampir 2,000 helai sebulan.

"Saya bangga kerana DMBSB muncul sebagai pengguna teknologi digital yang pertama di negara ini untuk teknik melukis, mencetak dan mewarna malah terbaru untuk melekat batu hiasan.

"Sekitar 1995, batik diproses secara cetakan tangan dan mendapat sambutan baik di kalangan pengusaha.
Selari peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, syarikat memperkenalkan hasil teknik batik sutera digital pada 2005 yang sebelum ini dimonopoli pengusaha Itali dan Jepun.

"Kaedah moden ini diperakui memudahkan proses kerja, pantas, menjimatkan masa mencetak dan memproses namun syarikat berusaha mengekalkan konsep batik sedia ada yang kita warisi daripada mereka terdahulu," katanya.

Bagaimanapun, apa yang membanggakan, batik sutera digital keluaran syarikatnya mampu bersaing di pasaran dan menarik perhatian khalayak yang sentiasa mencari pembaharuan dan kelainan.

"Desa Murni Batik hari ini menawarkan lebih 100,000 rekaan hasil kreativiti 30 pereka muda lepasan institusi pengajian tinggi tempatan dan bidang seni reka.

"Melalui idea mereka yang sentiasa segar ini pelanggan berpeluang menempah corak, rekaan dan warna diingini dalam tempoh singkat namun terjaga kualitinya," katanya.

Batik Gangnam, motif abstrak

Sementara itu, Mohd Suhaimi, berkata tahun ini pihaknya mensasarkan membuka cawangan baru bagi memberi peluang orang ramai mengenali keistimewaan batik Desa Murni.

Batik katanya, cukup popular di Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan dan kini ia mendapat sambutan baik di Lembah Klang.

"Sejak awal tahun, DMBSB menyiapkan rekaan terkini, moden dan memenuhi cita rasa peminat batik khususnya batik digital yang semakin disukai wanita luar Pantai Timur. Sambutan menggalakkan ini mendorong syarikat menghasilkan lebih banyak rekaan baru," katanya.

Empat rekaan terkini dihasilkan dijangka menarik perhatian ramai kerana menggunakan corak abstrak digabung dengan rekaan bunga yang kelihatan hidup menggunakan teknologi digital.

Desa Murni Batik memperkenalkan empat rekaan yang mempunyai kelainan corak yang menarik antaranya dinamakan Batik Gangnam Style.

"Turut diperkenalkan koleksi Fabiola Batik Style menampilkan corak moden digabung rekaan geometri, Genovia Batik Style bercorak klasik moden dengan susunan bermotif flora dan abstrak serta Batik KL Style mengetengahkan corak abstrak dengan latar belakang kosong atau bercorak flora minimal," katanya.

Selain mengeluarkan batik sutera digital, DMSBS turut menawarkan tudung eksklusif tudung eksklusif Miffa bagi memenuhi permintaan wanita yang menggemari fesyen tudung bawal.

"Tudung bawal ini dihasilkan dengan cetakan motif flora digabungkan dengan corak abstrak dengan gandingan warna menarik termasuk corak batik. Hiasan batu berlian di atas tudung menambah kilauan dan seri pemakai," katanya
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menyasar menjual 350 unit model Nissan Serena S-Hybrid serba baru sebulan.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng, berkata sasaran itu bersandarkan ciri menarik ditawarkan MPV hibrid pertama Malaysia itu yang dijangkakan menjadi antara model terlaris ETCM dalam kenderaan segmen MPV.
"Nissan Serena S-Hybrid serba baru yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini memiliki penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 15.2 kilometer seliter (km/liter), bersama ruang dalaman luas yang menawarkan sehingga 14 tempat duduk.


"Ia nyata pilihan ideal untuk pengguna MPV yang menghargai kapasiti lapan tempat duduk, utiliti yang inovatif dan keselesaan terbaik," katanya pada media selepas majlis pelancaran rasmi MPV hibrid pertama Malaysia, di Shah Alam semalam.

Harga atas jalan RM149,500

Setakat ini, ETCM menerima lebih 2,000 unit tempahan bagi Serena S-Hybrid yang dijual pada harga atas jalan iaitu RM149,500 menerusi pra pelancarannya baru-baru ini.

Tan berkata, pelancaran Nissan Serena S-Hybrid serba baru itu juga sejajar dengan polisi kerajaan dalam mempromosikan kenderaan hibrid dan kenderaan cekap tenaga di Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Presiden Nissan Motor Asia Pasifik, Shinichi Koyama berkata, Nissan Serena S-Hybrid serba baru adalah satu contoh mengenai apa yang boleh Nissan lakukan dalam teknologi hibrid.

Sistem hibrid kompak

Rangkaian kuasa Nissan Serena S-Hybrid serba baru itu menampilkan sistem hibrid kompak yang terdiri daripada enjin petrol MR20DD empat silinder DOHC dengan CVVT berkembar dan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC).

Motor elektrik ECO menawarkan sumber kuasa yang cukup untuk membantu enjin dan proses janaan semula tenaga.

Sistem hibrid ini memiliki satu bateri tambahan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan bagi menjanakan kuasa ECO Motor.

Sistem S-Hybrid juga menampilkan sistem Idling Stop yang mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam kesesakan trafik.

Ciri ini membantu Serena S-Hybrid mencapai penjimatan bahan api yang mengagumkan ketika memandu di bandar. Enjin akan dihidupkan semula dalam tempoh 0.3 saat apabila pedal brek dilepaskan.

Enjin MR20DD itu mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 147ps pada 5,600rpm dengan tork 210Nm pada 4,400rpm.

Sebagai tambahan, ruang dalaman Serena S-Hybrid juga adalah yang paling luas dan fleksibel dalam kelasnya. Ia mampu menempatkan sehingga lapan orang dan menawarkan 14 tempat duduk yang berbeza.

Pintu gelongsor berkuasa

Untuk masuk dan keluar dari Nissan Serena S-Hybrid juga sangat mudah dengan pintu gelongsor berkuasa di kedua-dua belah sisi kenderaan.

Hanya satu sentuhan pada pemegang pintu diperlukan untuk mengoperasikan pintu gelongsor yang menawarkan bukaan terbesar dalam kelasnya, iaitu selebar 802 milimeter dan tinggi 1,308 milimeter demi memudahkan urusan keluar masuk.

Nissan Serena S-Hybrid itu yang ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu ungu gelap, hitam, putih dan perak didatangkan dalam satu gred premium bersama gril hadapan dan bampar yang unik, rim aloi berukuran 16 inci yang dipadankan bersama suspensi sports dan kemasan dalaman berwarna gelap.

`Tablet Android’ Xplore lasak

Meskipun jenama ini masih baru dan terasa asing di telinga para peminat gajet, namun Xplore membuktikan diri sebagai salah satu pengeluar baru yang berjaya mengeluarkan model `tablet Android' pertama dan terbarunya yang mampu bersaing.

Spesifikasi yang hadir dalam tablet ini membuatkannya memiliki daya tahan terhadap air dan debu. Kemudahan ini dapat digunakan dalam keadaan dan lingkungan yang ekstrim sekalipun sehingga sangat sesuai untuk dibawa oleh mereka yang bekerja dalam persekitaran yang lasak.
 
Xplore ini mempunyai fungsi skrin multitouch IPS berukuran 10.1 inci dengan didukung resolusi 1366×768 piksel. Tablet tangguh Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich ini disokong sepenuhnya oleh kehandalan prosesor dual-core ARM Cortex A9.


Selain ketersediaan kamera depan berkemampuan 1.2 megapiksel, tablet tangguh ini juga turut dilengkapi dengan GPS, Bluetooth 4.0, WiFi 802.11n, pilihan Gigabit Ethernet, opsional HDMI-In, dan optional Common Access Card (CAC).

Man City iktiraf bahasa Melayu

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City melancar laman web baru dengan tambahan 10 pilihan bahasa, termasuk bahasa Melayu untuk kemudahan peminat di luar negara.

Selain bahasa Melayu, pilihan bahasa lain ditawarkan ialah Sepanyol, Perancis, Portugis, Russia, Jepun, Korea, Cina Tradisional (Hong Kong), Thai dan Indonesia. Ia menambah laman web yang sedia ada dalam bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin.
 
Projek di bawah GLOBAL City itu adalah untuk memenuhi kehendak peminat yang makin bertambah di luar United Kingdom terutama sejak City memenangi Piala FA tahun 2012.


"Populariti City dan kumpulan peminat global berkembang dengan kadar yang pesat. Kami ingin berbicara dengan peminat dalam bahasa ibunda mereka sendiri, dan menjadikan mereka lebih dekat dengan kelab," kata Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Manchester City Malaysia, Zoul Bake berkata: "Peminat Manchester City di Malaysia menyambut baik pelancaran web rasmi City dalam bahasa Melayu. Ia memudahkan peminat City yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk mendapatkan berita terkini mengenai kelab dalam bahasa Melayu.

Malaysia sasaran penting

"Dalam masa yang sama ia juga menunjukkan pengiktirafan Kelab terhadap bahasa Melayu. Ia juga hadiah kepada peminat yang bertutur dalam bahasa tersebut yang sudah menyokong kuat kelab selama ini."
Rantau Asia termasuk Malaysia antara sasaran penting bagi City untuk memperluaskan populariti mereka. Malaysia sudah dimasukkan dalam jadual siri Jelajah City 2012, dan perlawanan persahabatan diadakan dengan pasukan Malaysia XI dengan City menang 3-1. Laman Web Manchester City dalam bahasa Melayu boleh dilawati di http://www.mcfc.com.my/.
 
 

23 July 2013

GAMBAR - 4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan, berkeras nak bertanding ratu cantik

Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.
"Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

"Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

"Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang," katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

22 July 2013

Gelombang kedua pengganas Sulu

Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan.

ESSCOM sudah bersedia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Jangan cuba mengugut kami. Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu," katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, semalam.
Amaran Ahmad Zahid itu susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah, untuk membalas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis sudah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata, ada juga khabar angin kononnya bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah bagi tujuan sama.

"Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk (negara ini) beritahu lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk awal dalam Ogos... Julai kita sudah tunggu.

"Kita ingin beri peringatan kepada Nur Misuari, jangan jadikan bumi Malaysia sebagai tempat tumpah darah seperti berlaku di Mindanao, Filipina. Itu soal dia," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman berkenaan kerana pengganas Sulu memang terkenal budaya balas dendam

Microsoft tamat perniagaan Surface RT

Kurang setahun selepas Microsoft meneroka pasaran komputer tablet menerusi pelancaran Surface, ia sudah mula menunjukkan kejatuhan, justeru menyebabkan syarikat itu menamatkan perniagaan Surface RT.

Tindakan itu dibuat selepas ia berusaha mengurangkan harga tablet itu untuk merangsang permintaan.
Keputusan pendapatan sukuannya juga menunjukkan Windows 8, sistem operasi yang direka bagi merapatkan jurang antara PC dan tablet, menyaksikan ia kurang mendapat sambutan sekali gus menyumbang kepada kejatuhan pendapatan dalam unit perisian sistem operasinya.


Salah langkah dalam strategi bagi kedua-dua barisan produk mengecewakan Wall Street dan saham menjunam hampir tujuh peratus kepada AS$33.10 pada dagangan kelmarin.

Penurunan nilai bagi kerugian yang dijangkakan terhadap tablet Surface RT itu dianggarkan bernilai sehingga AS$900 juta. Jika tanpa tablet itu juga, keputusan kewangan Microsoft sudah dijangka akan menurun.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas syarikat itu mengumumkan penyusunan semula utama untuk membantu ia berubah menjadi sebuah syarikat "peranti dan perkhidmatan" yang akan kurang bergantung kepada penyediaan perisian untuk komputer peribadi.

Penurunan pendapatannya bagaimanapun menimbulkan persoalan baru sama ada peralihan itu akan berjaya.
"Ia tidak memberi banyak keyakinan kepada semua pihak," kata Penganalisis Nomura Securities, Rick Sherlund.

"Anda dalam perniagaan perkakasan sekarang dan tidak lama selepas menyertainya, anda mempunyai turun nilai yang begitu cukup besar. Ia memalukan."

Kedua-dua Windows 8 dan tablet Surface mewakili pertaruhan besar Microsoft di pasaran komputer tablet ketika jualan PC terus merosot. Firma penyelidikan IDC and Gartner minggu lalu berkata bahawa penghantaran PC global jatuh 11 peratus pada suku April-Jun. Ia adalah penurunan suku tahunan kelima berturut-turut.

Mengakui kesukaran syarikat dalam melakukan perubahan itu, Ketua Pegawai Kewangan Microsoft, Amy Hood memberitahu pelabur pada panggilan persidangan bahawa "perjalanan itu akan mengambil masa."

"Kami tahu kami perlu melakukan yang lebih baik," katanya. "Kami yakin syarikat sedang bergerak ke arah yang betul."

Microsoft mengurangkan harga Surface RT dari AS$499 kepada AS$349 pada Ahad lalu, satu langkah dibuat untuk merangsang jualan di tengah-tengah permintaan yang lembap.

Microsoft mula menjual tablet Surface pada Oktober. Syarikat itu menghantar kira-kira sejuta tablet dalam tempoh tiga bulan pertama pada 2013, menurut firma penyelidikan IDC. Ini termasuk kira-kira 260,000 bagi versi nipis RT dan 750,000 versi Pro yang serasi dengan program Windows yang lama.

Penghantaran itu menyaksikan Microsoft menguasai dua peratus dalam pasaran tablet. Manakala, Apple Inc terus kekal sebagai peneraju dengan menguasai 39.1 peratus dan diikuti oleh Samsung Electronics Co, ASUS Computer Inc, Amazon.com Inc dan Acer Inc.

19 July 2013

Aksi karaoke paling bahaya

London: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aksi berani yang dilakukan di depan kamera.
Tetapi, kini dia pula mengenakan orang lain.
Steve kini menjadi pengacara bagi rancangan baru, Killer Karaoke yang menyaksikan enam peserta menjadi mangsa bulinya.

Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus.
Foto
SEORANG peserta membuat persembahan dalam tangki berisi ular.

Gambar ini menunjukkan seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik.

Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000).

RM386,000 dalam stokin

San Ysidro: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kastam kerana menyorokkan wang AS$128,547 (RM385,641) di dalam stokinnya.
Antonio Rakigjija, 51, dan anaknya, Franco sebelum itu ditahan untuk pemeriksaan selepas pegawai kastam menemui sebotol kecil ganja di tempat duduk belakang keretanya.

Kedua-dua lelaki itu yang berkata tidak mempunyai apa-apa untuk diisytiharkan, memberitahu pegawai mereka berada di Mexico atas urusan perniagaan. Ketika pegawai melakukan pemeriksaan, Rakigjija tiba-tiba mengaku ada wang dalam stokin yang didakwa untuk urusan perniagaan. Jumlah wang itu mengejutkan pegawai dan dia ditahan atas tuduhan menyeludup wang tunai

Datin sepak kemaluan penyamun

Dua penyamun bersenjatakan pistol yang menceroboh masuk sebuah rumah mewah di Bandar Sri Damansara, di sini, hanya sempat melarikan rantai emas dan komputer riba selepas mangsanya yang juga seorang wanita bertindak menendang kemaluan seorang daripadanya dalam kejadian Isnin lalu.
Menurut sumber, mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat bergelar Datin dan berusia 45 tahun dikatakan berada dalam biliknya dan bersiap untuk ke tempat kerja apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya, kira-kira jam 7.30 pagi.

"Kedua-dua lelaki itu datang ke rumah mangsa dengan menaiki Perodua Viva sebelum memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa kedatangan mereka untuk berjumpa dengan suami anaknya kerana ada hal penting," katanya.
Katanya, ibu mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa masuk ke dalam rumah untuk memanggil mangsa yang berada di tingkat atas bagi memaklumkan kedatangan dua lelaki terbabit.

"Ibu mangsa didapati tidak menutup pintu pagar menyebabkan dua lelaki terbabit mengikutnya masuk ke dalam rumah dan terus naik ke tingkat atas.

"Seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkan ibu mangsa memanggil mangsa yang berada dalam bilik," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang mendengar ibunya memanggil segera membuka pintu dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki berada di depannya.

"Lelaki terbabit cuba menolak mangsa, namun mangsa sempat menendang kemaluan lelaki itu dan segera menutup pintu biliknya sambil menjerit mahu menghubungi polis.
"Tindakan itu menyebabkan lelaki terbabit panik dan segera beredar dari rumah berkenaan, tetapi mereka sempat meragut rantai emas di leher ibu mangsa serta melarikan sebuah komputer riba bernilai lebih RM6,000," katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara

'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'

Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kepada warga asing sehingga RM60,000 bagi mendapatkan keuntungan segera.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata persatuan berkenaan antara lima persatuan peniaga yang diberikan tapak di bazar Ramadan iaitu sekurang-kurangnya 10 tapak di Jalan TAR.
Jual satu unit RM6,000


Bagaimanapun katanya, persatuan berkenaan sanggup menjual tapak terbabit dengan harga RM6,000 bagi setiap unit kepada warga asing semata-mata mahu mendapat keuntungan berganda.

Desak DBKL senarai hitam

"Sehubungan itu, saya mendesak supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyenarai hitamkan persatuan berkenaan supaya tidak lagi dibenarkan memiliki tapak sepanjang Ramadan akan datang.

"Perbuatan mereka sangat mengecewakan peniaga lain kerana masih ramai yang mahukan tapak berkenaan untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan, namun mereka menjualnya pula kepada warga asing," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi

18 July 2013

300 ikan pari terdampar di pantai

URSULO GALVAN - Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 300 ekor ikan pari yang ditemui terdampar di pantai Chachalacas, dalam negeri Vrecruz di sini.
 
Penduduk setempat dan pelancong kali pertama melihat bangkai ikan-ikan pari itu kelmarin dan menyiarkan gambar kejadian itu di beberapa laman sosial.
Datuk Bandar Ursulo Galvan, Martin Verdejo berkata, terdapat kemungkinan haiwan marin itu dibuang oleh nelayan selepas terperangkap dalam pukat mereka.
Mereka membuang ikan-ikan pari itu selepas mendapati haiwan tersebut tidak mendatangkan banyak keuntungan jika dijual.
Beberapa penduduk tempatan pula memberitahu, ikan-ikan pari itu dibawa ombak ke pantai Chachalacas ketika matahari terbit.
Walaupun sudah mati, ikan pari masih berbahaya kepada mereka yang berkaki ayam kerana ekornya beracun jika terpijak.
 

PAPA tetap mahu kos RM8,000 ambil amah

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) tetap akan mengenakan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM8,000 walaupun menimbulkan pelbagai kontroversi daripada orang ramai.

Presidennya, Jeffrey Foo, berkata pihaknya sedar selepas perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini, pelbagai reaksi diterima menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kadar itu.

 
Tunggu keputusan rasmi


"Saya difahamkan kerajaan Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Indonesia untuk menyampaikan kos struktur yang dicadangkan oleh negara ini dan jika perkara ini mendapat persetujuan Indonesia, satu pengumuman rasmi akan dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu, pihak kami belum lagi menerima pengambilan pembantu rumah kerana masih menunggu keputusan rasmi oleh pihak kerajaan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kadar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan itu merangkumi tanggungan majikan sebanyak RM6,200 sebagai kos pengambilan Perkhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan RM1,800 yang boleh dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan

Laman web zakat palsu, cam ni pun ada

Sebuah laman web menimbulkan kecurigaan apabila dikesan mengutip zakat tanpa memaparkan maklumat lengkap mengenai organisasi berkenaan termasuk pentadbirnya.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron, berkata aktiviti laman web berkenaan dikesan Pusat Zakat Melaka (PZM), baru-baru ini.
Katanya, siasatan awal mendapati laman web berkenaan sudah mengutip zakat kira-kira RM2.4 juta daripada orang ramai.


"Kita mengenal pasti satu kumpulan yang mengutip zakat melalui laman web secara terbuka. Apabila pegawai kita melayarinya, didapati ada pihak yang sudah membuat pembayaran zakat. Peliknya pada laman web ini, ia tidak meletakkan nama sesiapa pun bertanggungjawab di belakangnya.

"Umpamanya Ahli Lembaga Pengarah, pemilik atau pengusahanya. Tidak disebut langsung tapi ada juga yang sudah membayarnya," katanya kepada media selepas menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.592 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank Islamic Berhad (MIB) dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (Selia Selenggara) di pejabatnya di Seri Negeri di sini, semalam.

TNB menyerahkan zakat sebanyak RM892,005.26 manakala MIB (RM500,000) dan Selia Selenggara (RM200,000).

Tiada rakyat Melaka terbabit
Mengulas lanjut, Idris yang juga Pengerusi PZM berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada rakyat negeri ini yang membayar zakat menerusi laman web berkenaan.

Beliau juga mengesahkan laman web berkenaan tidak beroperasi di negeri ini, sebaliknya menggunakan alamat di Selangor.

"Nampaknya mereka lagi terkehadapan kerana pembayar boleh membayar zakat melalui laman web. Maknanya ia sesuatu yang mereka (pengendali laman web terbabit) yakin tidak akan dipersoalkan oleh pembayar zakat," katanya.

Idris berharap rakyat negeri ini akan terus membayar zakat kepada PZM bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini susulan kewujudan laman web mencurigakan seperti itu

Pasangan hina Islam kena 3 pertuduhan

Kuala Lumpur: Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata mereka akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia."Alvin dan Vivian akan tampil di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini) selepas siasatan ke atas mereka selesai dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin lalu," katanya ketika dihubungi semalam.



Penjara lima tahun

Di bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua hingga lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pula berkata mereka dijangka tampil bersama peguam pada jam 8.30 pagi.
"Setakat ini Polis Kuala Lumpur gagal menghubungi mereka selepas diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

"Namun, mereka menghantar SMS kepada pegawai penyiasat di Seremban dan memberitahu akan datang ke Bukit Aman.

"Difahamkan tindakan mereka ke Bukit Aman atas nasihat peguam yang akan mewakili mereka. Sekiranya gagal hadir, polis akan menge-luarkan waran tangkap," katanya.

Chin Wah berkata, kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis selepas menerima tiga laporan polis daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Isnin lalu pasangan itu disoal siasat hampir 11 jam di pejabat SKMM, di Jalan Tun Razak, di sini, bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalah guna kemudahan media sosial.

Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore (NUS) didakwa mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar dalam laman sosial Facebook mereka menikmati hidangan dengan keterangan gambar 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.

Umat Islam marah

Tindakan mereka bukan saja menimbulkan kemarahan umat Islam, malah mendapat tentangan kaum Cina sehingga Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang, menyifatkan tindakan mereka melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

16 July 2013

Tempahan Proton Saga SV cecah lebih 12,000 unit

Tempahan Proton Saga SV yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd. Jun lepas kini telah mencecah lebih 12,000 unit, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Hisham Othman.
"Saya amat gembira. Ini satu angka yang amat memberangsangkan, produk yang Proton keluarkan menepati kehendak rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Warga Proton yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat Proton di sini hari ini.
 
Beliau berkata, Proton Edar menjangka permintaan terhadap model SV ini akan terus meningkat kerana ia memberikan nilai kepada wang pembeli dengan ciri keselamatan seperti beg udara bagi penumpang hadapan biarpun harganya adalah RM5,000 lebih rendah daripada varian Saga sebelum ini.
Mengenai jumlah varian Saga SV yang telah didaftarkan, Hisham berkata pada awalnya sasaran hanya 2,000 unit sebulan tetapi pada bulan ini sejumlah 5,500 unit Saga SV telah didaftarkan.
 
Ditanya mengenai model Preve hatchback yang akan dikeluarkan, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata model berkenaan akan muncul di pasaran pada tahun ini
 

FIFA 13 di Lumia

FIFA 13 di Lumia
Kalau memilih telefon berasaskan Windows Phone, mungkin lebih baik untuk menggunakan telefon dari Lumia kerana kelebihan dari Lumia adalah beberapa fungsi ekslusif di dalamnya.

Terbaru, pengguna telefon Windows Phone 8 dari Nokia boleh memainkan permainan FIFA 13. Pihak EA Sport mengatakan bahawa permainan FIFA 13 tersebut mempunyai grafik yang bagus serta peningkatan kawalan.
Lebih lanjut, permainan Windows Phone 8 ini juga mempunyai 30 jenis liga dengan 500 pilihan pasukan. Di dalam permainan ini juga terdapat 15 ribu pemain serta 32 stadium antarabangsa.


FIFA 13 ini memiliki saiz permainan 951MB dengan harga USD4.99.

Pupuk anak solat Terawih

Membawa anak ke masjid atau surau untuk bersolat tarawih bukan asing bagi sesetengah ibu bapa. Amalan berkenaan dipuji kerana ia mampu memberi pendedahan kepada anak terhadap kepentingan menjalankan tanggungjawab itu sebagai umat Islam.
Pelbagai kerenah dan situasi dapat disaksikan pada ketika itu yang sebilangannya hilang fokus bukan untuk beribadat tetapi lebih banyak bermain hingga mengganggu jemaah lain.

KITA WAJAR MENGAJAR ANAK BERSEMBAHYANG LEBIH AWAL SUPAYA MEREKA TIDAK KEKOK MELAKUKANNYA" Mohd Zawawi Yusof, Penceramah bebas

Penceramah bebas, Datuk Mohd Zawawi Yusof, berkata membawa anak kecil ke masjid atau surau menunaikan solat tarawih adalah amalan baik untuk mendekatkan diri dengan Allah pada usia muda.

Katanya, sewajarnya ibu bapa menerapkan nilai keagamaan kepada anak pada awal usia supaya mereka memahami kepentingan agama khususnya solat sebagai tiang agama.

"Kita juga wajar mengajar anak bersembahyang lebih awal supaya mereka tidak kekok melakukannya. Jika anak 10 tahun baru belajar solat ia dikira terlewat dan bimbang semakin susah untuk melenturnya," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Ramadan adalah antara bulan yang untuk menerapkan nilai berkenaan dengan menggalakkan mereka ke masjid atau surau untuk melakukan solat tarawih.
Menunaikan solat di masjid dan surau amalan yang baik untuk membiasakan dengan institusi itu. Ia juga akan memberi kefahaman kepada mereka mengenai relevan tarawih dengan ibadah puasa.

"Bagaimanapun, sebelum itu ibu bapa perlu menerangkan kepadanya tujuan
pergi ke masjid atau surau adalah untuk bersolat.

"Jika mahu membawa anak ke masjid, ibu bapa perlu menerangkan anak terlebih dulu tujuannya. Ajar dulu anak cara bersolat dengan betul, apa yang perlu dan tidak patut di buat ketika bersolat.

"Antara beritahu anak jangan duduk dalam saf jemaah bersama orang dewasa, elakkan membuat bising, bercakap dengan suara yang kuat dan berlari atau bermain. Ini juga sebagai satu latihan untuk mendisiplinkan anak," katanya.

Bagaimanapun, janganlah membawa anak yang terlalu kecil dan belum tahu pandai membuang air kecil, masih memakai lampin dan menyusu bagi mengelak tumpuan ibu bapa dan jemaah lain terganggu ketika beribadat.

"Malah, anak yang umur begitu selalunya suka menangis dan bermain. Keadaan akan menjadi bising dan tidak terkawal," katanya.

Tabiat membawa ke masjid itu dengan sendirinya menimbulkan keseronokan dan keterujaan mereka untuk bersembahyang berjemaah.

Ruang khas

"Cuma saya dapati sebilangan masyarakat kita kurang mesra dan marah apabila ada kanak-kanak membuat bising kerana mengganggu jemaah lain beribadat. Ini antara perkara yang perlu dilalui ibu bapa.

"Secara psikologinya keadaan itu menjadikan kanak-kanak takut untuk ke masjid dan ini juga mungkin juga mereka tawar hati mahu bersolat," katanya.

Beliau menyarankan jawatankuasa masjid menyediakan bilik atau ruang khusus bagi menempatkan mereka ketika ibu bapa bersolat.

"Jika boleh ada seorang penjaga yang boleh memberi nasihat atau teguran kepada kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang hiperaktif berlari di celah-celah jemaah malah ada juga yang berlari sampai ke imam.

"Di Madinah masih boleh dikawal kerana ibu bapa mengikat anak mereka ketika bersembahyang di atas padang bagi mengelakkan anak hilang.

Zawawi menggalakkan ibu bapa supaya duduk dalam saf paling belakang supaya dapat memerhatikan anak.

"Ibu bapa boleh bersolat sesekali di rumah dan diselang-selikan di masjid. Suasana solat di masjid berbeza. Jika tidak digalakkan ke masjid ia akan berterusan sampai ke tua," katanya.

Masjid bukan tempat bermain

Anida Salwani Abdul Hadi, 35, berkata membawa anak menunaikan solat tarawih di masjid adalah amalan mulia, cuma ibu bapa perlu memastikan anak mereka berkelakuan baik untuk mengelak mengganggu jemaah lain.

"Kita tidak mahu ibu bapa bawa ke masjid kerana anaknya tidak ada sesiapa yang menjaganya. Jika anak nakal dan membuat bising ia boleh menjadi punca perselisihan faham antara jemaah lain. Tarawih adalah sunat dan jika terpaksa lakukan saja di rumah," katanya." katanya ibu kepada empat cahaya mata ini.

Bagi Leny Herlina Agus Syarif, 37, ibu bapa perlu menerangkan kepada anak tujuan membawa mereka ke masjid untuk beribadat dan bukan tempat bermain.

Katanya, ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain dan tidak menghiraukan sensitiviti jemaah yang lain.

"Tak salah kita memberi amaran supaya anak harus berada dekat bersama mereka. Terpulang kepada ibu bapa yang menjaga anak mereka ke masjid," katanya.

Nini Marlini Ghazali, 36, yang memiliki tiga anak berusia satu hingga sembilan tahun, menyarankan ibu bapa yang tahu anak sukar dikawal dan boleh mengundang musibah atau menimbulkan masalah kepada orang lain tidak membawa mereka ke masjid.

"Ibu bapa yang mahu membawa anak ke masjid perlu didik anak terlebih dulu supaya mereka tidak mengganggu jemaah yang lain," katanya

INFO: Empat tahap mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun:


Pada tahap umur kanak-kanak itu, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun.


Rasulullah s.a.w menyarankan ibu bapa menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah 10 tahun, ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Mengikut pakar jiwa anak, pada umur ini adalah masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak.

Fasa ini juga adalah yang terbaik untuk menjadikan ia seorang Muslim, Yahudi, Nasrani dan Majusi. Setiap anak yang lahir dalam keadaan suci maka ayah dan ibu yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun.


Pada tahap ini, orang tua perlu menukar didikan dengan menekankan disiplin dengan cara yang keras dan rasional. Jadikan mereka sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal tertentu di rumah. Hal ini penting supaya anak berasa dirinya mempunyai tanggungjawab mengambil berat hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun.


Ibu bapa boleh melepaskan anak untuk belajar menempuh hidup. Tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat dan peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

INFO:
* Dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) matang mencapai lebih daripada 95 peratus pada usia tujuh tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah

12 July 2013

Piya, Azammuddin terpaksa digugur

Kelana Jaya: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa menggugurkan kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang Pahang, Azammuddin Akil selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Rajagobal memanggil dua pemain senarai menunggu iaitu Junior Eldstal dari Sarawak dan Christie Jayaselan, Tentera.
Daripada 27 pemain yang dipanggil, hanya 24 pemain melapor diri di Wisma FAM, petang semalam termasuk Eldstal dan Christie.


Kelibat Piya, Azammuddin dan seorang lagi pemain Kelantan, Nor Farhan Muhammad yang isterinya baru bersalin, kelmarin, tidak kelihatan.

Fadhli Shas dan K Reuben pula masih bersama skuad Ong Kim Swee di Kazan, Russia untuk Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013.

Eldstal, Christie jadi pengganti

"Kita tak mahu tunggu lama selepas mengetahui Badhri cedera hamstring dan tangan Azammuddin pula masih belum pulih sepenuhnya.
Jadi kita panggil dua pemain, Eldstal dan Christie menggantikan mereka, kata Rajagobal ketika ditemui pada hari pertama kem latihan skuad negara, petang semalam.

Bagaimanapun, pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013, Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya tetap perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya
Honda Malaysia Sdn Bhd semalam melancarkan Honda Jazz enjin petrol pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga kira-kira RM25,000 lebih rendah berbanding model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkannya sebelum ini.

Honda Jazz CKD itu ditawarkannya pada harga atas jalan RM74,800 seunit berbanding hampir RM100,000 bagi model CBU sebelumnya.


Tingkat daya saing

Beliau berkata, pengeluaran model Jazz enjin petrol CKD itu sejajar dengan hala tuju global Honda untuk meningkatkan tahap daya saing kos bagi menawarkan produk berjenama tinggi yang bernilai pada harga mampu milik.

Kami menyasarkan untuk menjual kira-kira 500 unit model ini sebulan, katanya kepada pemberita pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam. Yang hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah.

Honda Jazz pertama kali diperkenalkan di negara ini pada Ogos 2008 dalam dua Gred iaitu S yang ditawarkan pada harga RM104,800 dan V (RM109,800).
Pada April 2011, Honda Malaysia memperkenalkan model itu yang dipertingkatkan iaitu Jazz Gred V dengan penampilan berciri sport pada harga RM109,800.

Jazz Gred V kemudian digantikan dengan Jazz Grade S pada Ogos 2012 yang menyaksikan penurunan harga atas jalannya kepada RM99,800.

Ueno berkata, Jazz enjin petrol CKD itu adalah varian Jazz kedua yang dipasang di negara ini selepas Jazz Hybrid yang dilancarkan November tahun lalu yang kini dijual pada harga atas jalan RM89,900.

Beliau berkata, pengeluaran Jazz enjin petrol CKD itu adalah hasil penubuhan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) baru awal tahun ini di kilang pemasangan Honda Malaysia di Pegoh, Melaka yang mengkhusus untuk menyesuaikan reka bentuk alat ganti tempatan.

Spesifikasi sama model CBU

Dengan sokongan pusat R&D baru itu, kami secara beransur akan meningkatkan kandungan tempatan bagi kereta yang kami keluarkan, katanya.

Ueno berkata, kandungan tempatan bagi kenderaan CKD Honda di Malaysia ini ketika ini ialah antara 30 hingga 40 peratus dan pihaknya merancang untuk meningkatkannya dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, Jazz enjin petrol CKD itu menawarkan ciri serta spesifikasi sama seperti yang ditawarkan model CBU dari Thailand sebelum ini dan akan membantu memacu sasaran Honda Malaysia untuk menjual 64,000 unit kenderaan tahun ini.

Dengan 64 pengedar Honda di bandar raya utama dan bandar kecil, kami yakin mampu mencatatkan jualan yang tinggi dan pelanggan juga akan disokong dengan bertambahnya rangkaian pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dan 4S kami, katanya.

Jazz enjin petrol CKD itu didatangkan dalam empat warna iaitu putih, metalik perak, metalik perang dan hitam

10 July 2013

Jadual Waktu Imsak Dan Buka Puasa 2013

Salam Menjelang Ramadhan Al-Mubarak.
Tinggal beberapa hari lagi umat Islam nak menjalankan ibadah puasa. Mari kita bersiap sedia untuk niatkan puasa dan doa ketika berbuka.
niat-puasa-doa-sebelum-dan-sesudah-berbukasumber : SINI
 
Jadual waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
imageDan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi Negeri-Negeri di Malaysia
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Johor
  7. Melaka
  8. N9
  9. Kelantan
  10. Terengganu
  11. Pahang
  12. Sarawak
  13. Sabah
Moga ibadah puasa yang akan dilaksanakan diberkati dan sempurna…InsyaALLAH.

08 July 2013

Toyota Vios 2013

Vios generasi ke 3 ini menjadi perhatian ramai kerana beberapa spesifikasi yang baru, ianya mengalami perubahan besar walaupun masih menggunakan platform yang sama. Interior Design Vios baru ini sangat menarik dengan penampilan "stiching image" pada bahagian papan pemuka.

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior

Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan sekitar Vios baru ini akan masuk ke pasaran pada penghujung tahun 2013.

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior | Toyota telah   melancarkan model baru bagi Toyota Vios di  Bangkok International Motroshow,Thailand sekitar Mac lalu.

Bagaimanapun, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan kuasa engine sama seperti sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior

Sistem gantungan (suspension) juga masih dikekalkan seperti model sebelumnya seperti sistem gantungan belakang yang masih mengekalkan 'Torsion beam with stabilizer', digandingkan bersama 'Mcpherson strut with stabilizer' di bahagian depannya.

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior

Untuk pasaran Thailand, empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual lima kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik empat kelajuan standard.

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior

Menyentuh mengenai senarai harga yang ditawarkan oleh pengeluarnya untuk pasaran Thailand, Toyota Vios 2013 berharga dari 559,000 THB untuk varian 1.5J manual, dengan harga tertinggi 734,000 THB menjadi milik varian teratas 1.5S.

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior

Senarai di bawah menerangkan dengan lebih jelas harga yang ditawarkan untuk kesemua varian Vios 2013 di pasaran Thailand, untuk pasaran Malaysia belum ada lagi dikeluarkan.

Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)
Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)
Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)
Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)
Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)
Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)

Review Toyota Vios 2013 - Exterior dan Interior


Designed By Blogger Templates