MyCNews

11 September 2013

iPhone 5S, 5C kukuh semula operasi Apple

San Francisco: Pelancaran terbaru daripada Apple Inc esok dijangka menyaksikan iPhone kini dikembangkan kepada pasaran baru sejajar aspirasi syarikat teknologi paling bernilai di dunia itu, melebarkan kembali penguasaan dalam segmen telefon pintar.

Pelancaran produk baru itu yang sangat dinanti-nantikan pasaran di Silicon Valley di sini, dijangka menampilkan buat kali pertama iPhone yang lebih ekonomik untuk pasaran di negara sedang membangun, serta peranti pintar mewah dengan teknologi terkini.
Kalangan penganalisis menjangkakan Apple melancarkan varian mewah iPhone dikenali 5S dengan penampilan dan penzahiran sama iPhone 5, cuma lebih laju menerusi pemproses serta keupayaan grafik serba baru.


iPhone lebih murah pula dijangka dikenali 5C akan didatangkan dengan kerangka plastik dalam pelbagai warna seperti pada iPod Touch sekarang.

Antara ciri terkini pada iPhone 5S termasuk yang ditawarkan dalam warna emas dan ciri keselamatan pengenalan dan pengimbas cap cari.

Penganalisis pula teruja dengan iPhone 5C yang disasarkan memenangi sebahagian besar pembeli di China dan pelbagai negara sedang membangun lain di mana saingan adalah sengit dengan peranti pintar lebih murah yang dikuasakan sistem operasi Google Android.

Perhatian juga tertumpu pada pelancaran serentak di Beijing esok, sekali gus mengukuhkan jangkaan Apple sudah memeterai janji niaga dengan China Mobile, syarikat telekomunikasi terbesar China untuk turut memasarkan iPhone dalam rangkaiannya.
China Mobile kini mempunyai lebih 700 juta pelanggan, mengikut data daripada Barclays Equity Research.

"Antara jangkaan yang paling mengujakan pelabur adalah mengenai skop kerjasama yang dimeterai di China serta ciri baru dalam sistem operasi iOS 7 serta teknologi pengimbas dan pengesan cap jari," kata Barchlays dalam nota penyelidikan itu.

Produk premium

Produk iPhone selama ini memang memberi tumpuan sebagai produk premium dan harga mewah, menyebabkan Apple tidak dapat menembusi 60 peratus potensi pasaran telefon pintar.

"Kami jangka keadaan ini akan berubah menerusi pengenalan iPhone 5C yang didatangkan dalam kerangka plastik," kata penganalisis di bank pelaburan, Cantor Fitz-gerald dalam satu nota penyelidikan.

Bagaimanapun, berbanding jangkaan peminat, penganalisis tidak menjangkakan Apple akan memperkenalkan produk iWatch atau Apple TV esok.

"Saya tidak fikir Apple akan melancarkan produk sebegitu ketika ini," kata penganalisis Ken Dulaney daripada firma penyelidikan Gartner berhubung khabar angin Apple akan memperkenalkan iWatch.
Share This

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates