MyCNews

30 September 2013

200 penduduk sedut habuk besi

Nampak tajuk cam menarik kan. Kejadian ni berlaku di Nibong Tebal, Penang di mana terdapat kilang besi yang beroperasi dekat dengan perumahan. Macam mana boleh lepas kilang nih tak tahu le, ada orang dalam kot aku rasa. Mana tahan beb setiap hari udara di cemari habuk besi, kalau masuk dalam paru-paru macam mana? Mana ada spare part nih. Inilah akibat tamak dan tak prihatin kepada masyarakat setempat. Jom layan citer nih dari kosmo.
Tengok habuk besi kat tingkap tuh.

Kira-kira 200 penduduk Jalan Kebun Petai, Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat dekat sini mendakwa kesihatan mereka terancam apabila terpaksa menyedut habuk besi dari sebuah kilang berdekatan sejak 10 tahun lalu.Penduduk mendakwa, operasi kilang itu bukan sahaja menyebabkan mereka mengalami gatal kulit, lelah dan batuk malah diganggu pencemaran bunyi.
Menurut mereka, masalah itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi sehingga ini belum ada sebarang tindakan diambil.
Kilang membersih besi buangan itu terletak kira-kira lima meter dari rumah penduduk kampung
Semalam, beberapa penduduk yang hilang sabar mengadakan bantahan secara aman kira-kira sejam di hadapan kilang itu bagi meminta pemiliknya menghentikan operasi.
 
Share This

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates