MyCNews

26 April 2013

Petanda Kejatuhan PR Dalam PRU-13? Setuju ke tidak?


nik+aziz+jatuh[1]

Malang tak berbau, itu pepatah yang sesuai bila kita melihat satu klip video pendek yang memaparkan kejadian yang tak disangka-sangka di mana Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh yang diangkat bersama kerusi rodanya akhirnya jatuh tersembam ke depan.

Kejadian itu merupakan satu bentuk kecuaian petugas yang terlibat dan di masa depan pihak PR perlu lebih cermat supaya kejadian sama tidak berulang, jika tidak ia boleh dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) seperti Karpal.

Mungkin akan ada penyokong PAS yang menyampah dengan sikap tegas Karpal dalam membicarakan hubungan DAP dengan PAS, mereka bertepuk sakan meraikan bahana yang menimpa pemimpin DAP itu.
Namun mereka jangan lupa, baru-baru ini pun ada peristiwa berasingan melibatkan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba-tiba terjatuh memaksa petugas mengangkatnya selepas melancarkan manifesto PR di Johor.

Malah sebelum ini Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan juga khabar pernah terjatuh. Mungkin faktor usia atau keletihan puncanya.

Manakala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula dikatakan pernah jatuh terduduk di Pengkalan Pegoh, Perak tetapi dinafikan oleh PR kononnya Anwar sengaja duduk bersila untuk beramah mesra dengan penyokongnya sebelum menuju ke pentas ceramah.

Kebetulannya, semua kejadian ini berlaku dalam tempoh selang masa yang tak berapa jauh bezanya seakan memberi satu petanda tersirat bahawa PR akan jatuh merudum menyembah tanah dalam PRU-13.

Realiti semasa menunjukkan ada logiknya apatah lagi mood sokongan rakyat tika ini cenderung kepada BN hampir sama seperti trend semasa PRU-11 tahun 2004 yang menyaksikan BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Betul atau tidak petanda itu, hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya.

Yang penting, harapnya tiada spekulasi jahat atau tuduhan rambang oleh PR yang menyalahkan UMNO dan BN atas kejadian malang ini.

Bukan apa, selalunya tiap apa yang buruk berlaku melibatkan pemimpin PR, mereka gemar menyalahkan UMNO dan BN sebagai kambing hitam. Agaknya kalau ada anak ikan peliharaan Rafizi mati kembung dalam akuariumnya, UMNO juga yang akan dipersalahkan.
--- [Sila tuliskan hujah bernas anda di bawah ini]
Share This

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates