PENGENDALI francais restoran KFC di Malaysia, QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brand) akan membuka cawangan restoran KFC mesra alam di Nilai, Negeri Sembilan menjelang suku pertama tahun depan, sekali gus menjadi cawangan pertama seumpamanya di Malaysia.Pengarah Urusan QSR Brand Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pembukaan cawangan itu melibatkan pelaburan kira-kira RM5 juta.
"Bagaimanapun buat masa ini, kami masih berada di peringkat untuk mereka bentuk restoran itu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara KFC (Semenanjung Malaysia) Sdn Bhd dengan pengeluar skuter Eclimo Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.Melalui perjanjian itu, Eclimo akan membekalkan skuter elektrik 100 peratus mesra alam bagi operasi penghantaran KFC di sekitar Lembah Klang.

KFC Delivery
Menurut Ahmad Zaki, menerusi pembukaan cawangan berkonsep baru itu, KFC menjangkakan pertumbuhan perolehannya akan melebihi lapan peratus tahun depan.Mengulas berhubung perkembangan perkhidmatan bagi KFC Delivery, Ahmad Zaki berkata syarikat itu akan menambah 40 restoran penghantaran sepanjang tahun hadapan.
"Setakat ini, kami mempunyai 41 restoran sedia ada di Lembah Klang dan bakal membuka sembilan lagi cawangan sebelum akhir tahun ini.
"Kami turut meluaskan perkhidmatan itu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan akan diikuti Sabah dan Sarawak dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eclimo Liew Chung Peng berkata, syarikatnya akan turut membekalkan skuter elektrik bagi restoran Pizza Hut.
"Eclimo akan menyerahkan 50 skuter untuk 41 restoran KFC sedia ada selain menghantar 30 unit skuter ke lima atau enam cawangan KFC di Pulau Pinang dalam tempoh beberapa minggu akan datang," katanya.
Skuter elektrik Eclimo ES11 menggunakan kuasa elektrik palam tiga pin biasa dengan sistem penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana ia boleh dicas di mana-mana kawasan yang mempunyai sumber elektrik - Sinarharian.

No comments:
Post a Comment