Ini citer raya lepas tak habis lagi nih. Sblm ni aku ada kongsi skit gambar kat area2 Cameron Highland di sini kan. Aku ikut sana sebab nak balik ke Kelantan ( aku orang Gua Musang Kelantan ). Balik beraya rumah mek aku di Gua Musang, panjangkan langkah lagi pegi beraya rumah nenek plak di Kota Bharu. Jumpa sanak sedara sekali di Pasir Mas dan juga aktiviti jalan-jalan di Kota Bharu.
Kat sini aku nak kongsi skit gambar-gambar sempat aku ambil kat Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.
Balik raya Kelantan, Kota Bharu pasti jem, nak parking susah, last2 aku masuk parking kat KB Trade Center sebelah je dengan Pasar Siti Khadijah.
Kacang! Antara makanan yang aku selalu beli bila balik Kelantan.
Dan juga keropok. Ada yang timbang (rm10/kilo) ada yang dah siap bungkus. Mek aku nak yang timbang, best kot yang timbang.
Apa ni? Aku pun tak tahu sebab tu aku tak beli... hehe
Yang ni tahap menisannya sangat tinggi, cuba elakkan.
Masin-masin sebab rasanya masin tapi best kalau keman dalam mulut.. hehe.. keman... hehe.. korang paham ke maknanya apa?
Serunding. Yang ni aku beli setengah kilo, harga lupa lah. Kalau yang basah skit, tak tahan lama tapi lebih sedap dari yang kering. Ada yang di perbuat dari daging tempatan, import dan ayam.
Makanan2 untuk kunyah2 dalam kereta.
Lagi..
Keropok segera ni mesti beli ataupun dapat free kalau dah beli barang lain banyak, cuba minta keropok ni 2 bungkus, mesti dapat free.
Dodol di bungkus kecik2.
Lagi keropok segera grad rendah skit.
Orang perempuan suka le bab2 ni barag2 hiasan nih.
Pasar Siti Khadijah ada banyak tingkat, yang jual kain dan baju dan tudung ni, tingkat lain plak.
Kedai sangat rapat-rapat dan panas... hehee.. kalau budak2 kecik tak di galakkan bawak sini, nanti nangis jer.
Banyak le baju2, kain2 dan tudung.
Syurga kain kat sini, boleh tawar2 dan jangan lupa ambil bisnes kad takut2 nak tukar ke apa lain kali.
Tips: Kalau selalu pegi kat Pasar Siti Khadijah Kota Bharu nih, pegi kat kedai yang sama, lama2 kalau dah kenal, harga nya lain skit, lebih murah. Tak payah nak ronda2 survey sebab dalam ni panas dgn kedainya yang dekat2, boleh selisih bontot kalau jln seiringannya.Kalau terasa nak buat bisnes baju kurung, boleh jugak.
Ada yang pernah ke sana?
No comments:
Post a Comment